June 17, 2009

GST: Kerajaan belum bersedia

KUALA LUMPUR 16 Jun - Selepas lima tahun membuat cadangan, kerajaan masih belum bersedia melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana mengambil kira beban kos sara hidup yang tinggi ditanggung rakyat terutama ketika keadaan ekonomi yang tidak menggalakkan.

Sehubungan itu, tumpuan utama kerajaan sekarang adalah memelihara kepentingan rakyat, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Dan, pada masa yang sama, kajian terperinci tentang pelaksanaan GST juga masih dilakukan.
''Kita tidak mempunyai rangka masa untuk memperkenalkan GST kerana kita berpendapat kalau kita laksanakan sistem ini (GST) ia akan membebankan rakyat,'' katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Cukai Malaysia 2009 di sini hari ini.

Sebelum ini, pada 2004, kerajaan merancang memperkenalkan GST yang berkonsepkan nilai tambah pada 1 Januari 2007 berikutan pemansuhan cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Dua tahun kemudian, kerajaan telah mengumumkan penangguhan pelaksanaan GST dengan alasan untuk memastikan sebarang masalah yang dijangka timbul daripada pelaksanaan GST dapat diselesaikan.

Penangguhan itu juga memberi ruang masa dan peluang kepada para peniaga yang cukup untuk bersiap sedia sebelum melaksanakannya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers