June 18, 2009

UMW sasar jual 500 Vios TRD

UMW Toyota Motor Sdn Bhd, pemasang dan pengedar kenderaan penumpang dan komersial Toyota di Malaysia, mensasarkan untuk menjual 500 unit sebulan varian Toyota Vios terbarunya yang dikenali sebagai Vios TRD Sportivo.

Presidennya, Kuah Kock Heng, berkata pihaknya yakin model terbabit mampu untuk terus mengekalkan kedudukan Toyota Vios sebagai peneraju dalam kategorinya.

Katanya, tahun lalu Toyota Vios mewakili 32 peratus daripada jualan keseluruhan kenderaan Toyota di negara ini dan setakat Mei tahun ini, jualannya mewakili 36 peratus daripada keseluruhan jualan kenderaan Toyota di negara ini.

“Dengan pengenalan model Vios TRD Sportivo, kami yakin Toyota Vios akan meneruskan momentum pertumbuhannya,” katanya pada pengenalan model terbabit kepada media di Shah Alam, Selangor, kelmarin. Hadir sama Pengarah Eksekutif UMW Toyota Motor, Aminar Rashid Salleh.

Sejak dilancarkan enam tahun lalu, UMW Toyota Motor menjual lebih 130,000 unit Toyota Vios. Antara peningkatan ketara yang ditampilkan pada Vios TRD Sportivo itu ialah aerokit TRD Sportivo, rim aloi 15 inci, visor pintu dan lambang TRD Sportivo.

Di bahagian dalaman pula, ia menampilkan panel yang lebih menarik antaranya tempat duduk fabrik sport dan tombol gear sport. UMW Toyota Motor turut menawarkan kit suspensi sebagai aksesori pilihan dan pelanggan yang memilih pakej TRD Sportivo dijamin mendapat pemasangan yang mematuhi standard tertinggi kerana ia dilakukan di kemudahan yang dimiliki sendiri oleh UMW Toyota Motor.

Pakej Vios TRD Sportivo ditawarkan jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer (yang mana lebih dulu). Vios TRD Sportivo ditawarkan pada harga RM90,900 di Semenanjung Malaysia serta RM92,400 di Sabah dan Sarawak.

Model itu kini dibuka untuk tempahan di semua bilik pameran Toyota di se- luruh negara mulai semalam. Bagaimanapun, kereta terbabit hanya boleh didapati di bilik pameran, bulan depan. Kuah menambah, pembangunan Vios TRD Sportivo adalah sebagai reaksi terhadap maklum balas pelanggan yang menunjukkan bahawa terdapat permintaan untuk Vios yang lebih berorientasi sport.

Katanya, kenderaan itu adalah hasil usaha bersama antara UMW Toyota Motor dan TRD Asia yang mana kedua-dua pihak bersetuju menjalin kerjasama teknikal bagi pembangunan serta pengeluaran tempatan bagi aksesori TRD terpilih.

“Berikutan pengenalan Toyota Vios dengan pakej TRD Sportivo, pengeluaran varian Vios 1.5S sedia ada akan ditamatkan, tetapi varian lain seperti 1.5G, 1.5E, 1.5J automatik dan 1.5J manual masih diteruskan,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers