SOCIETE Generale, syarikat perkhidmatan kewangan terkemuka Eropah, menjangka minyak mentah global berpotensi melonjak ke paras AS$100 setong sekiranya dolar Amerika Syarikat (AS) terus lemah pada separuh kedua tahun ini.
Pengurus Dana Societe Generale Asset Management, Mark Krombas, berkata penurunan harga komoditi itu ke bawah paras AS$40 setong awal tahun ini adalah keterlaluan kerana permintaan kekal kukuh di sebalik kegawatan ekonomi global.
“Terdapat kemungkinan harga minyak global akan kembali meningkat mencecah AS$100 setong. Pada masa sama penurunan dolar akan menyumbang kepada kenaikan harga minyak yang sebahagian besarnya diniagakan berasaskan mata wang itu.
“Penurunan ketara harga minyak baru-baru ini adalah terlalu pantas dan luar biasa kerana minyak kekal sebagai komoditi utama dunia,” katanya pada taklimat media CIMB-Principal MENA Equity Fund (CMEF) di Kuala Lumpur, semalam.
Harga minyak mentah global merekodkan paras tertinggi dalam sejarah apabila melonjak mencecah AS$145.29 setong pada 3 Julai 2008, sebelum menjunam 79 peratus kepada AS$31.41 setong pada 22 Disember lalu.
Bagaimanapun, harga komoditi itu kembali pulih apabila melonjak semula ke paras AS$72.68 setong pada 11 Jun dan kekal stabil di atas paras AS$70 setong hingga semalam. Tupling menambah, walaupun harga minyak mentah susut hampir 80 peratus tahun lalu susulan kesan kegawatan ekonomi global, permintaan komoditi itu cuma susut antara lima peratus hingga enam peratus.
“Jelas penurunan ke paras AS$40 setong adalah agak keterlaluan kerana permintaan komoditi itu khususnya dari China kekal kukuh. Justeru, ia akan menyokong peningkatan kembali harganya. “Bagaimanapun, harganya dijangka tidak meningkat terlalu tinggi seperti yang berlaku pada tahun lalu,” katanya.
Mengenai CMEF diuruskan Societe Generale, Krombas berkata, dana amanah yang dilaburkan khusus di kumpulan rantau Timur Tengah Afrika Utara (MENA) itu bakal meraih manfaat daripada peningkatan semula harga minyak global.
“Kenaikan harga minyak akan meningkatkan pendapatan negara Asia Barat dan rakyat di rantau itu. Sebahagian besar daripada pendapatan itu secara lazimnya akan dibelanjakan untuk membangunkan infrastruktur, justeru memberi manfaat kepada syarikat yang disenaraikan di rantau itu,” katanya.
Beliau berkata, aktiviti pelaburan di MENA yang merangkumi Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Mesir, Oman, Kuwait, Maghribi, Algeria, Lebanon, Jordan, Bahrain dan Tunisia, meningkat 20 peratus tahun lalu.
Sementara itu, dalam tempoh sama, perbelanjaan pengguna di rantau itu juga meningkat sebanyak tujuh peratus. CMEF yang dilancarkan pada Februari 2008 dengan saiz dana berjumlah RM136.21 juta, membuka peluang kepada pelabur untuk menyertai aktiviti pelaburan yang rantau yang dijangka antara yang paling pesat berkembang di peringkat global.
June 18, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com