TRADEWINDS (M) Bhd berkata bahagian perladangannya dijangka mengambil alih bahagian pembuatan dan dagangan se- bagai pemacu pertumbuhan pendapatan utama kumpulan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
“Bahagian perladangan akan menjadi pemacu utama kerana kami masih mempunyai 30,000 hektar tanah untuk dibuka,” kata Ketua Eksekutif kumpulan, Mohd Nazri Shariff selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di Kuala Lumpur, semalam.
Ketika ini, 92,781 hektar tanah kumpulan itu ditanam kelapa sawit dengan 15,494 hektar sedang dibangunkan. Menurut laporan tahunan 2008 kumpulan, bahagian perladangan juga dipelbagaikan kepada perladangan getah membabitkan 1,532 hektar tanah kumpulan di Kedah.
Mohd Nazri berkata, walaupun cabang perladangan mencatatkan kerugian sebelum cukai RM12 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2009, ia bukan mencerminkan prestasi keseluruhan tahun kumpulan.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Tradewinds Plantation Bhd, Chan Seng Fatt, berkata kerugian suku pertama sudah dijangkakan berikutan pengeluaran rendah dan musim menabur baja. “Berkaitan bahagian perladangan, kami masih yakin,” katanya. Apabila ditanya mengenai margin tahun ini, Chan berkata, syarikat pastinya bergantung kepada harga minyak sawit mentah (MSM).
“Pada masa ini, sukar untuk memperkatakan mengenai margin kerana ia semuanya bergantung kepada harga MSM. Saya rasa harga pada akhir tahun ini pada sekitar RM2, 400 satu tan,” katanya. - Bernama
June 18, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com