June 15, 2009

UMW Oil & Gas bekal paip gas RM340 juta

UMW Oil & Gas Bhd bakal memuktamadkan dua kontrak pembekalan paip gas bernilai sekurang-kurangnya AS$100 juta (RM340 juta) kepada dua syarikat sokongan industri minyak dan gas berpangkalan di Asia Barat.

Presidennya, Zulkifly Zakaria, berkata ia susulan kejayaan dua rundingan yang diadakan anak syarikat UMW Holdings itu pada hari kedua Pameran Minyak, Gas dan Petrokimia (OGA) 2009 di Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Katanya, kontrak itu membabitkan pembekalan paip gas yang dikeluarkan Zhongyou BSS (Qiangdao) Petropipe Ltd, syarikat usaha sama antara UMW Holdings Bhd dan Baoji Petroleum Steel Pipe Co Ltd, anak syarikat China National Petroleum Corporation.

“Hasil rundingan berakhir dalam nada yang amat positif. Mereka puas hati dengan kualiti paip gas yang kami hasilkan, yang mana spesifikasinya melebihi spesifikasi ditetapkan API (piawai digunakan dalam industri minyak dan gas).

“Kami berharap dapat memuktamadkan janji niaga dengan kedua-dua syarikat terbabit dalam tempoh terdekat ini,” katanya dalam satu temubual di Kuala Lumpur, minggu lalu. UMW menguasai 49 peratus kepentingan dalam Zhongyou BSS yang mengkhusus dalam pengeluaran paip gas.

Zulkifly sebelum ini berkata, pihaknya menjangka meraih pendapatan sekitar RM1 bilion daripada kilang berkenaan tahun ini. Kilang Zhongyou BSS di daerah Hebei, China yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dua minggu lalu, katanya, membabitkan pelaburan RM800 juta dan mula beroperasi Oktober 2008.

“Sebahagian besar paip yang dihasilkan, akan dibekalkan untuk projek pemasangan paip gas di timur laut China sepanjang 800 kilometer,” katanya. Menyentuh strategi bahagian UMW Oil & Gas tahun ini, Zulkifly berkata keutamaan buat masa ini ialah memperkemaskan operasi syarikat sebagai persediaan bagi cadangan tawaran awam permulaan (IPO).

Sungguhpun sudah mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti (SC), beliau menegaskan cadangan penyenaraian UMW Oil & Gas tahun ini bergantung kepada sentimen pasaran. “Kita tidak mahu apabila disenaraikan nanti, harga saham UMW Oil & Gas tidak mencerminkan nilai sebenarnya,” katanya.

Zulkifly berkata, cadang IPO UMW Oil & Gas membabitkan terbitan 1.2 bilion saham biasa dengan nilai tara 50 sen seunit. Ini bermakna, penyenaraian syarikat itu bakal menjadi antara tiga syarikat dengan permodalan pasaran terbesar dalam industri minyak dan gas, kemungkinan lebih besar daripada KNM Group Bhd dan Scomi Group.

Harga tawaran IPO itu, katanya, sedang dikaji AmMerchant Bank, yang bertindak sebagai penasihat penyenaraian. “Separuh daripada dana yang bakal dijana akan digunakan bagi membiayai projek baru pada masa akan datang,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers