June 15, 2009

Minyak sawit kita selamat dimakan

LEMBAGA Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menegaskan kualiti minyak sawit yang dihasilkan di Malaysia untuk dieksport adalah selamat untuk pemakanan, tidak tercemar dan menepati spesifikasi kontrak eksport minyak sawit yang ditetapkan negara pengimport.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Mohd Basri Wahid, berkata Malaysia mempunyai prosedur pemantauan yang ketat bagi memastikan minyak sawit yang dihasilkan selepas proses penapisan sehingga ke pelabuhan sentiasa berada pada kualiti yang tinggi serta tidak dicemari bahan asing.

Katanya, pihak kilang penapisan sentiasa memastikan kualiti akhir minyak sawit yang akan dieksport berada pada tahap tertinggi dengan menyingkirkan bahan yang sengaja ditambah sindiket mencuri minyak sawit bagi memastikan piawaian keselamatan makanan ditepati.

“Bahkan bagi tujuan pemantauan, kita telah menempatkan penguat kuasa di semua enam pelabuhan di negara ini bagi menguji dan menilai kualiti bahan minyak sawit yang akan di eksport.

Minyak sawit berkenaan tidak akan dilepaskan sekiranya gagal menepati piawaian yang ditetapkan. “Berdasarkan perkara ini saya menafikan laporan sebuah akhbar baru-baru ini yang menyatakan minyak sawit yang kita eksport adalah tercemar dan berpendapat maksud saya telah disalah erti akhbar berkenaan,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di Bangi, minggu lalu.

Awal minggu lalu, sebuah akhbar melaporkan kegiatan sindiket mencuri sebahagian daripada minyak sawit yang sedang dalam perjalanan dari kilang pengeluaran ke kilang penapisan, sebelum menambah bahan asing bagi tujuan mengaburi aktiviti terbabit.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers