June 15, 2009

Al-Ikhsan ke Sabah, Sarawak

AL-IKHSAN Sports Sdn Bhd (Al-Ikhsan), antara pengedar barangan sukan terkemuka tempatan, bakal menembusi pasaran di Sabah dan Sarawak tahun depan selepas membuka 80 cawangan di Semenanjung.

Pengurus Besar Al-Ikhsan, Jaaffar Sidin, berkata syarikat akan membuka 19 lagi cawangan baru sepanjang 2010 menjadikan jumlah cawangan Al-Ikhsan di seluruh negara kepada 84 sebelum akhir tahun depan.

“Kami menjangka memasuki pasaran di Sabah dan Sarawak sebaik saja membuka cawangan Al-Ikhsan yang ke-80 di Semenanjung tahun depan,” katanya selepas majlis pembukaan cawangan Al-Ikhsan yang ke-59 di Bangi, minggu lalu.

Al-Ikhsan membuka dua cawangan serentak di Bangi, yang mana satu daripadanya berkonsepkan gaya hidup dan bola sepak manakala satu lagi cawangan berkonsepkan gedung kilang. Hadir sama Pengasas dan Pengarah Urusan Al-Ikhsan, Ali Hassan Mohd Hassan dan ketua jurulatih pasukan bola sepak Selangor, K Devan.

Jaaffar menambah, sepanjang tahun ini, syarikat membuka satu cawangan setiap bulan membabitkan jumlah pelaburan kira-kira RM25 juta dengan tumpuan utama di sekitar Lembah Klang dan kawasan berkepadatan tinggi di bandar utama seluruh negara.

“Kami memperuntukkan RM3.5 juta untuk membuka cawangan yang besar dan RM1.5 juta untuk cawangan bersaiz lebih kecil,” katanya sambil menambah Al-Ikhsan membuka empat cawangan bersaiz besar tahun ini.

Beliau berkata, selain memperuntukkan pelaburan bagi membuka cawangan baru, Al-Ikhsan akan turut melabur RM2.5 juta tahun depan untuk tujuan promosi dalam media cetak seperti akhbar dan majalah.

Selain itu, katanya, syarikat akan sentiasa meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan yang ditawarkan ke tahap yang lebih baik dalam menggalakkan aktiviti bersukan di kalangan rakyat Malaysia.

“Bagi menampung permintaan ini, kami terus komited untuk membuka cawangan baru pada masa depan bagi memastikan pengguna dapat menggunakan barangan yang berjenama dan berkualiti pada harga berpatutan,” katanya.

Antara barang sukan berjenama terkenal antarabangsa yang ditawarkan di Al-Ikhsan termasuk Nike, Adidas, Umbro, Lotto, Reebok, Diadora, Puma, Line-7 dan Topper. Sementara itu, sempena penganjuran Piala Dunia di Afrika Selatan tahun depan, pelanggan boleh mendapatkan koleksi istimewa pasukan England seperti jersi lelaki, wanita dan kanak-kanak di cawangan terpilih Al-Ikhsan seluruh negara.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers