KUALA LUMPUR 9 Jun - Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) hari ini mengumumkan pelantikan Tony Tyler sebagai Pengerusi Lembaga Gabenor IATA yang baru bagi menggantikan Samer Majali.
Tyler yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Cathay Pacific Airways akan memegang jawatan itu untuk tempoh satu tahun.
Tyler berkata, perkara pertama yang akan dilakukan beliau setelah memegang jawatan ini adalah bekerjasama dengan pihak lembaga dalam menangani isu perubahan cuaca dan pengeluaran karbon.
''Selain itu, krisis ekonomi telah menyebabkan industri pengangkutan udara berhadapan dengan kejatuhan permintaan segmen penumpang mewah, dan pengangkutan kargo yang lemah telah memberikan kesan yang buruk kepada pendapatan industri.
''IATA perlu mencari kaedah kecekapan keuntungan yang lebih berkesan iaitu melalui syarikat penerbangan serta rangkaian industri yang terlibat termasuk melindungi aliran tunai industri sebanyak US$350 billion (RM1.22 trilion),'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar majlis penutup Mesyuarat Agung Tahunan IATA ke-65 di sini hari ini.
Tyler berkata, tahun ini merupakan tahun kritikal dalam isu alam sekitar dan satu rundingan perjanjian perubahan iklim, strategi empat tonggak industri terhadap perubahan cuaca akan diadakan di Copenhagen, Denmark pada Disember ini.
''Industri penerbangan berazam untuk mencapai pertumbuhan tahap karbon neutral menjelang 2020 dan IATA akan memberi tumpuan dalam mendapatkan sokongan kerajaan-kerajaan untuk turut melibatkan diri dalam usaha ini.
''Sokongan yang diperlukan adalah untuk tujuan peningkatan teknologi, keberkesanan operasi serta infrastruktur bagi operasi yang lebih berkesan dan pencarian dalam mencapai persetujuan bagi pendekatan global dalam rangka kerja iklim Kyoto,'' jelasnya.
Tyler mempunyai 32 tahun pengalaman dalam industri pengangkutan udara dan telah berkhidmat dengan Cathay Pacific sejak 2007, dan berpengalaman menghadapi cabaran termasuklah krisis kewangan Asia, sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan pemulihan semula selepas insiden 11 September.
June 10, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com