June 10, 2009

StB: Penjimatan RM49 bilion

KUALA LUMPUR 9 Jun - Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menjangkakan program Memudahkan Perniagaan (StB) dapat membantu industri penerbangan menjimatkan sehingga AS$14 bilion (RM48.7 bilion) setahun.

Pengarah Perniagaannya (Penumpang), Philippe Bruyere berkata, program yang dilancarkan pada 2004 itu, meliputi tiket elektronik, pas memasuki pesawat berkod bar (BCBP), e-fret, perkhidmatan kegunaan bersama, program perjalanan pantas dan program peningkatan bagasi.

Beliau berkata, program StB akan melengkapkan projek tiket IATA yang dilancarkan pada 2004. "StB dilaksanakan bagi mengurangkan kos dan meningkatkan perkhidmatan.
Berdasarkan krisis semasa, ia menjadi semakin penting.

Kami sedang meningkatkan usaha untuk meningkatkan dan menawarkan perubahan yang diperlukan industri itu," katanya pada taklimat media pada Mesyuarat Agung Tahunan IATA ke-65, di sini hari ini.

Bruyere berkata, fasa StB berikutnya akan memberi tumpuan terhadap penyelesaian
bersepadu.
"Ia mampu menawarkan penjimatan tambahan sebanyak AS$10 bilion setahun merentas industri itu," katanya.

Beliau berkata, bagi mencapai 100 peratus penggunaan BCBP merupakan mandat besar IATA seterusnya.
Bruyere berkata, penggunaan semasa BCBP pada tahap 59 peratus yang bermakna lebih daripada separuh pas memasuki pesawat berkod bar.

"Menjelang akhir 2009, kami menjangkakan 78 peratus daripada semua pas memasuki pesawat akan berkod bar.
Penjimatan industri dijangkakan AS$1.5 bilion setahun dengan andaian 20 peratus mendaftar masuk menerusi web dan lima peratus meneusi mudah alih," katanya.

Beliau berkata, BCBP merupakan contoh projek yang membabitkan proses infrastruktur bagi projek yang membuka pintu kepada perkhidmatan inovasi baru kepada penumpang. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers