June 10, 2009

Jumlah dagangan MIFB 2009 dijangka RM105 juta

KUALA LUMPUR 9 Jun - Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia (MIFB) yang akan berlangsung pada bulan depan dijangka mencatatkan jumlah dagangan bernilai lebih RM105 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola MIFB 2009, Mohd. Nasir Ali berkata, jumlah tersebut dijana melalui 900 program padanan perniagaan sepanjang tempoh penganjuran pameran itu.
''MIFB 2009 berjaya menarik minat penyertaan lebih 25 buah negara seperti Armenia, Bangladesh, Iran, Korea, United Kingdom dan Turki dengan melibatkan 600 buah gerai.

''Penganjuran tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 53 peratus berbanding tahun lalu,'' katanya ketika berucap pada Majlis Taklimat Media dan Peserta Pameran MIFB 2009 di sini hari ini.

MIFB merupakan program kerjasama antara Kumpulan Utusan dan Expomal International Sdn. Bhd. (Expomal) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan MIFB 2009 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Julai ini.

Majlis taklimat itu turut dihadiri oleh Pengurus Teknologi Pengkomersialan Marditech Corporation Sdn. Bhd., Faizal Ramli dan Pengarah Perhubungan Korporat Expomal International Sdn. Bhd., Wee Teck Kee.

Menurut Mohd. Nasir yang juga Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, seramai 3,000 peniaga daripada 54 buah negara telah mengesahkan kehadiran mereka untuk melawat pameran berkenaan berbanding 2,191 peniaga pada tahun lalu.

Katanya, walaupun dunia menghadapi masalah kegawatan ekonomi, jumlah penyertaan pameran itu tetap menunjukkan peningkatan sekali gus membuktikan industri makanan dan minuman terus berkembang maju.

''Setiap manusia perlu makan untuk hidup dan perniagaan berasaskan industri ini sentiasa diperlukan tetapi ia bergantung pada kemahiran dan wawasan usahawan dalam mengurus dan menghasilkan makanan yang berdaya saing serta bermutu,'' katanya.

Selain itu, katanya, MIFB tahun ini akan menyaksikan beberapa siri seminar, bengkel dan seminar perniagaan francais di samping acara tahunan iaitu Persidangan Antarabangsa Perniagaan Agro-Bio yang dikendalikan oleh Marditech Corporation.
Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian tajaan daripada Sime Darby Plantation Sdn. Bhd, AB Mauri Malaysia Sdn. Bhd., Khaishen Trading Sdn. Bhd. dan Carrefour.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers