June 12, 2009

Tinjauan Pasaran: Saham mewah jadi tumpuan

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam dengan corak belian pada saham mewah terpilih terutama saham berkaitan kewangan dan hartanah yang menyediakan sokongan.

Ketika ditutup, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) mencecah paras tinggi dalam tempoh sembilan bulan pada 1,088.96, naik 5.99 mata atau 0.55 peratus, selepas dibuka 1.16 mata lebih tinggi pada 1,084.13. Ia mencecah paras tertinggi harian pada 1089.17, tertinggi sejak 4 September tahun lalu.

"Wujud pusingan yang baik berlaku di pasaran dan juga mudah tunai yang banyak sekali gus menyediakan sentimen positif," kata seorang peniaga. Beliau berkata, KLCI dijangka terus melanjutkan corak menaik dan berkemungkinan mencecah paras 1,100 hari ini.

Indeks Perladangan meningkat 20.74 mata kepada 5,507.89, Indeks Perusahaan menambah 13.4 mata kepada 2,374.32 dan Indeks Kewangan naik 110.91 mata kepada 8,589.42.
Indeks FBMEmas menokok 51.36 mata kepada 7,336.2, FBM30 naik 36.91 mata kepada 6,939.37, Indeks FBMMesdaq susut 35.3 mata kepada 4,304.73 dan Indeks FBM2BRD melonjak 76.56 mata kepada 4,914.74.

Saham untung mengatasi saham rugi pada 441 berbanding 280, manakala 237 kaunter tidak berubah, 273 tidak didagangkan dan 37 lagi digantung. Jumlah dagangan susut kepada 2.162 bilion saham bernilai RM1.996 bilion daripada Rabu pada 2.21 bilion saham bernilai RM1.829 bilion.

Antara saham aktif, SAAG Consolidated meningkat lima sen kepada 37 sen, KNM Group susut satu sen kepada RM1.04, Scomi Group naik dua sen kepada 79 sen dan Perisai Petroleum menokok enam sen kepada 70 sen.

Bagi saham wajaran tinggi, Sime Darby ditutup tidak berubah pada RM7.05, Maybank naik lima sen kepada RM5.70, Tenaga kekal pada RM7.90 dan Telekom susut tiga sen kepada RM2.68. Jumlah dagangan di Papan Utama menambah kepada 1.89 bilion saham bernilai RM1.899 bilion daripada pada Rabu sebanyak 1.831 bilion saham bernilai RM1.734 bilion.

Di Papan Kedua, jumlah dagangan menambah kepada 145.127 juta saham bernilai RM68.833 juta daripada 104.377 juta saham bernilai RM42.263 juta sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq bagaimanapun turun kepada 89.65 juta saham bernilai RM17.329 juta daripada 218.667 juta saham bernilai RM33.304 juta kelmarin.

Waran naik kepada 21.774 juta bernilai RM4.409 juta daripada 16.466 juta bernilai RM3.298 juta sebelumnya. Mengikut sektor, barangan pengguna menguasai 100.020 juta saham didagangkan di Papan Utama, barangan perusahaan 450.894 juta, pembinaan 131.372 juta, dagangan/perkhidmatan 595.980 juta, teknologi 20.662 juta, infrastruktur 46.629 juta, kewangan 122.236 juta, hotel 9.133 juta, hartanah 377.656 juta, perladangan 32.061 juta, perlombongan tiada, REIT 3.047 juta, dan tertutup/dana 7,200. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers