June 12, 2009

Industri francais mampu berkembang

INDUSTRI francais masih mempunyai ruang yang luas untuk terus berkembang walaupun dalam keadaan kelembapan ekonomi dunia sekarang kerana sistem perniagaan berkenaan menawarkan pelbagai kelebihan kepada usahawan untuk menceburinya.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata berbanding perniagaan lain, perniagaan francais mudah diceburi kerana ia menyediakan panduan lengkap untuk usahawan, selain sistem pemasarannya yang teratur serta sokongan daripada francaisor.

Katanya, di kebanyakan negara maju, industri francais adalah penjana utama sektor peruncitan dengan sumbangan lebih 50 peratus, tetapi di Malaysia ia baru hendak berkembang dengan sumbangan kira-kira enam peratus kepada sektor peruncitan negara.

Di Amerika Syarikat, beliau berkata, francais menjana jumlah perniagaan bernilai AS$2.3 trilion setahun manakala Australia sebanyak AS$130 bilion, dengan masing masing mewujudkan 21 juta dan 10 juta peluang pekerjaan.

“Malaysia adalah sebuah pasaran yang sedang berkembang bagi perniagaan francais dan masih ada banyak ruang bagi pengembangannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Francais Malaysia (MFA) ke-14 di Kuala Lumpur, semalam.

MFA yang ditubuhkan pada 1994 adalah sebuah organisasi bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan, berperanan mendokong usaha kerajaan untuk menyokong usaha kerajaan menggalakkan perkembangan industri francais di Malaysia.

Keahlian MFA dianggotai pelbagai spektrum penggiat francais termasuk ahli francaisor, francaisi induk, francaisi, institusi sokongan termasuk perunding francais, firma guaman, agensi kerajaan, institusi kewangan serta bakal penggiat francais dan golongan pelajar.

Mukhriz menambah, setakat ini sebanyak 373 sistem francais diperkenalkan di negara ini dan bagi menyokong pembangunan berterusan industri francais, kerajaan sentiasa mengamalkan dasar mesra perniagaan serta mengambil beberapa langkah perlu.

Katanya, liberalisasi 27 subsektor perkhidmatan yang diperkenalkan kerajaan baru-baru ini adalah satu contoh langkah yang mampu membantu meningkatkan industri francais. Beliau berkata, liberalisasi subsektor berkenaan memberikan peluang yang besar bagi syarikat asing untuk memulakan perniagaan francais masing-masing di negara ini.

“Di bawah dasar itu, peluang yang terbuka dalam penguasaan ekuiti membolehkan syarikat asing memegang 100 peratus kepentingan dan ia boleh menjadi galakkan untuk mereka menawarkan perniagaan francais masing-masing di negara ini,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers