June 12, 2009

pks masih catat pertumbuhan

KUALA LUMPUR 11 Jun - Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini masih mencatat pertumbuhan meskipun berlaku krisis ekonomi global semasa, demikian menurut laporan SME 100.

Laporan oleh SME Magazine itu menyebut bahawa perolehan meningkat 17 peratus tahun lepas bagi 100 PKS terkemuka negara dan diunjurkan akan berkembang 9.0 peratus tahun ini.
Angka itu lebih tinggi berbanding pertumbuhan keluaran dalam negara kasar negatif -2.0 peratus yang diunjurkan oleh kerajaan, demikian menurut majalah itu menerusi satu kenyataan hari ini.

"Pastinya angka itu menunjukkan PKS Malaysia lebih daripada bersifat 'berhati-hati secara optimistik', kata Penerbit dan Ketua Pengarang majalah itu, William Ng.
Purata pendapatan 100 syarikat itu sebanyak RM7.32 juta dengan perolehan median RM8.2 juta, katanya. - BERNAMA

Sejumlah 430 syarikat memberi respons terhadap laporan itu, dengan 100 syarikat terkemuka di kalangan responden berdasarkan kriteria kuantitatif seperti pertumbuhan perolehan dan keuntungan, kriteria kualitatif seperti unjuran perniagaan, pelaburan dalam latihan dan usaha penyelidikan dan pembangunan.

Syarikat terbabit disenarai berdasarkan kumpulan industri masing-masing.
Antara yang disenarai ialah penyedia logistik City-Link Express (M) Sdn. Bhd., pemaju hartanah

Bandaraya Holding Sdn. Bhd., pembangun permainan Sendi Mutiara Multimedia Sdn. Bhd. dan peruncit donat Big Apple Interasia Sdn. Bhd.
Edaran SME Magazine yang beroperasi mulai 2007, kini sebanyak 38,000 sebulan. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers