June 18, 2009

Tawar kendali kontena percuma

SHANGHAI International Port Co, pengendali pelabuhan terbesar China dari segi kapasiti, menawarkan perkhidmatan penyimpanan kontena percuma kepada pengendali kapal sebagai usaha mengurangkan kesan krisis ke atas perniagaannya.

Menurut seorang pegawai pelabuhan syarikat yang tidak mahu dikenali, pengendali pelabuhan milik kerajaan itu telah menawarkan perkhidmatan berkenaan sejak November lalu, khusus kepada pelanggan utamanya, yang mana hanya perlu membayar kos yuran pengendalian pada kadar diskaun yang banyak.

Program itu membolehkan syarikat perkapalan menyimpan kontena mereka, yang sebelum ini hanya terbiar berikutan dengan kelembapan ekonomi global yang memberi kesan ke atas permintaan eksport, dengan selamat.

Menerusi program itu, ia dapat membantu Shanghai International Port Co meningkatkan kapasiti pengendalian kontena serta hubungan dengan pelanggannya. Program itu diperkenalkan China susulan perancangannya untuk bersaing dengan Singapura sebagai pelabuhan paling sibuk di dunia.

Menurut laporan yang memetik Credit Suisse, kejatuhan teruk dalam eksport negara itu menyebabkan berlakunya penurunan 11 peratus dalam pengendalian kontena di China bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh sama 2008. - AFP

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers