BANK Pembangunan Asia (ADB) akan meningkatkan lagi pelaburannya dalam sektor ‘tenaga bersih’ kepada AS$2 bilion setahun menjelang 2013, sekali ganda daripada sumbangannya ketika ini.
Presidennya, Haruhiko Kuroda, berkata beliau berharap sasaran itu dapat dicapai sebelum 2013 dan menjelaskan institusi pelbagai hala sudah menyediakan sumbangan kira-kira AS$1 bilion tahun lalu.
Bercakap di luar persidangan alam sekitar di ibu pejabat bank itu di Manila semalam, Kuroda berkata, jumlah AS$2 bilion itu adalah ‘sebahagian kecil daripada jumlah pembiayaan yang diperlukan’ rantau ini dalam usaha melawan kesan perubahan iklim dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang boleh merosakkan lapisan ozon.
Beliau bagaimanapun berharap sumbangan bank itu akan memberi kesan pemangkin kepada usaha berkenaan dan ia memerlukan sumber tambahan daripada sektor swasta. Kuroda memberi amaran bahawa kebanyakan negara di Asia Pasifik, khususnya di Asia Tenggara, akan menerima kesan paling teruk daripada perubahan iklim jika paras laut meningkat kesan daripada pemanasan global.
Pada forum sama, Pengerusi Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan, Rajendra Pachauri, berkata, masalah seumpama itu bermakna negara di Asia Pasifik perlu mendahului usaha melawan perubahan iklim itu berbanding dengan rantau lain.
Pegawai badan itu menamakan Maldives, Thailand, Filipina dan Malaysia sebagai negara yang akan menerima kesan serius daripada perubahan iklim itu. Pada forum sama juga, Setiausaha Eksekutif Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), Yvo de Boer, dalam kenyataannya berkata, perubahan iklim telah memberi ancaman terhadap pertumbuhan ekonomi di Asia sejak beberapa dekad terbaru ini. “Perubahan iklim akan memberi kesan yang keterlaluan di Asia. Ia berpotensi mengembalikan rantau ini kepada perangkap kemiskinan,” katanya. - AFP
June 18, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com