HARGA saham di Bursa Malaysia susut pada akhir dagangan semalam ekoran pengambilan untung seiringan prestasi bercampur-campur dalam pasaran serantau, tetapi kenaikan kaunter berwajaran tinggi utama seperti Maybank dan British American Tobacco membataskan kejatuhan.
Pada penutup, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) turun 3.22 mata kepada 1,070.9 selepas dibuka 2.13 mata lebih rendah pada 1,071.99 pagi semalam. Ketua penyelidikan Jupiter Securities, Pong Teng Siew, berkata pasaran tempatan mengalami peningkatan mudah tunai, dan mengingatkan bahawa ini boleh berakhir dengan tiba-tiba. “Peningkatan pasaran pada Mac disebabkan oleh pengaliran masuk mudah tunai. Tetapi, kini ia semakin turun,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, tidak dapat ditentukan bilakah pasaran akan mencecah tahap terendahnya. “Kita akan kenal tahap terendah itu bila kita melihatnya,” katanya, sambil menambah bahawa ekonomi tempatan dan keseluruhannya kekurangan petunjuk baru untuk merangsang pasaran.
Pong berkata, memandangkan pasaran sedang melalui fasa pembetulan, ia mungkin berpatah balik ke tahap 1,000 sebelum meningkat semula.
Di papan petunjuk, Indeks Perladangan naik 2.44 mata kepada 5,390.54, Indeks Kewangan susut 0.11 mata kepada 8,588.08 dan Indeks Perusahaan mengukuh 8.34 mata kepada 2,339.11. Indeks FBMEmas turun 23.44 mata kepada 7,200.31 dan Indeks FBM30 jatuh 20.21 mata kepada 6,837.04, manakala Indeks FBM2BRD meningkat 117.22 mata kepada 5,013.78 dan Indeks FBMMesdaq menambah 56.04 mata kepada 4,260.01.
Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 367 berbanding 314 manakala 233 kaunter tidak berubah, 341 tidak diniagakan dan 64 yang lain digantung urus niaga. Jumlah dagangan mengecil kepada 1.359.682 bilion saham bernilai RM1.338 bilion daripada 1.555 bilion saham bernilai RM1.844 bilion kelmarin.
Scomi dan KNM yang menerajui senarai kaunter cergas masing turun tiga sen dan sesen kepada 79 sen dan 95 sen. Kaunter cergas yang lain termasuklah Dataprep yang naik 14.5 sen kepada 50.5 sen, Ramunia yang menokok sesen kepada 61.5 sen dan Jotech yang menambah setengah sen kepada lapan sen.
Saham berwajaran tinggi utama yang turun semalam ialah Tenaga Nasional dan Public Bank, masing-masing sebanyak lima sen kepada RM7.70 dan RM8.85, manakala Genting jatuh 25 sen kepada RM5.55.
Maybank naik lima sen kepada RM5.90, Sime Darby kekal pada RM6.85, PPB meningkat 10 sen kepada RM11.40 dan British American Tobacco mengukuh 75 sen kepada RM45.25. Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 899.591 juta saham bernilai RM1.189 bilion daripada 1.361 bilion saham bernilai RM1.783 bilion kelmarin.
Di Papan Kedua, bagaimanapun, jumlah dagangan bertambah kepada 380.482 juta saham bernilai RM129.272 juta daripada 89.821 juta saham bernilai RM39.723 juta. Pasaran Mesdaq mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 53.88 juta saham bernilai RM11.435 juta daripada 68.256 juta saham bernilai RM12.055 juta sebelumnya.
Waran berkurangan kepada 16.822 juta saham bernilai RM3.587 juta daripada 20.862 juta saham bernilai RM3.812 juta. Sektor barangan pengguna menguasai 43.158 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 224.417 juta, pembinaan 70.636 juta, perdagangan/perkhidmatan 307.536 juta, teknologi 9.866 juta, prasarana 25.375 juta, kewangan 48.611 juta, hotel 7.485 juta, harta 135.871 juta, perladangan 25.289 juta, perlombongan tiada, REIT 1.257 juta, dan dana tertutup 85,000. - Bernama
June 18, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com