June 10, 2009

Jetstar ke KL semula

KUALA LUMPUR 9 Jun - Syarikat penerbangan bajet Australia, Jetstar Airways, anak syarikat Qantas Airways Ltd., merancang menyambung semula perkhidmatan penerbangannya ke Kuala Lumpur, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Alan Joyce.

Jetstar menamatkan perkhidmatan penerbangan Sydney ke Kuala Lumpur pada September tahun lepas berikutan harga bahan api tinggi.

"Jetstar berminat untuk menyambung semula perkhidmatan itu pada satu tahap.
"Kami menarik balik perkhidmatan Kuala Lumpur untuk mengembangkan operasi kami di Jepun," katanya kepada pemberita di luar Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) ke-65, di sini, hari ini.

Ditanya bila Jetstar mungkin akan menyambung semula perkhidmatan itu, Joyce berkata: "Ia bergantung kepada persekitaran ekonomi dan bila pesawat tersedia. Ia bukan rancangan dalam tempoh terdekat ini tetapi sesuatu yang Jetstar mahu lakukan di masa depan."

Mengenai perniagaan Jetstar, Joyce berkata, syarikat penerbangan itu mengurangkan perbelanjaan modalnya dengan menangguhkan penghantaran empat pesawat Airbus, A380 selama 12 bulan.

Syarikat penerbangan itu juga memutuskan untuk menangguhkan penghantaran 12 Boeing, B737-800s.

Qantas juga menangguhkan tempahan bagi pesawat B787-800 yang dirancang bagi membolehkan ia menangani krisis ekonomi ini.
Keputusan itu akan membolehkan Qantas menjimatkan modal kira-kira A$1 bilion pada tahun depan. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers