TIMBALAN Ketua Pengarah I Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Noriyah Ahmad dijangka dilantik sebagai Ketua Pengarah unit di Jabatan Perdana Menteri itu bagi menggantikan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob yang akan bersara esok.
Sumber berkata, pelantikan beliau dijangka diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan minggu ini atau minggu depan. “Sulaiman yang dilantik mengetuai EPU pada 18 Disember 2006 akan bersara wajib 17 Jun ini dan tempat beliau akan digantikan oleh pembantunya ketika ini iaitu Noriyah,” katanya.
Beliau berkata, pelantikan Noriyah, 56, adalah berdasarkan pengalamannya sebagai Timbalan Ketua Pengarah yang bertanggungjawab mengetuai seksyen Makro Ekonomi, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembangunan Bajet di unit kajian dasar strategi pembangunan sosioekonomi negara itu itu sejak 2005.
Mengikut sumber itu lagi, Sulaiman berserta beberapa lagi tokoh ekonomi terkemuka negara, iaitu bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (ISIS), Datuk Dr Zainal Aznam Yusof dan bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Lin See Yan adalah antara calon utama yang dijangka dilantik menganggotai Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) yang diketuai Senator Tan Sri Amirsham A Aziz.
June 16, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com