June 17, 2009

Pengambilan untung dagangan Bursa lemah

KUALA LUMPUR 16 Jun - Saham-saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada harga lebih rendah hari ini ekoran pengambilan untung di kaunter-kaunter berwajaran tinggi utama seperti Maybank dan Sime Darby serta kaunter-kaunter berharga sederhana, kata peniaga.
Pada pukul 5 petang,

Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) penanda aras susut 17.05 mata kepada 1,074.12 setelah dibuka 7.58 mata lebih rendah pada 1,083.59 pagi tadi.

Menurut penganalisis kanan MIMB Investment, Rosnani Rasul, pasaran memerlukan pembetulan selepas kenaikan baru-baru ini.

Di Papan Petunjuk, Indeks Perladangan turun 75.6 mata kepada 5,388.1, Indeks Kewangan jatuh 172.06 mata kepada 8,588.19 dan Indeks Perusahaan susut 34.93 mata kepada 2,330.77.
Indeks FBMEmas berkurangan 121.19 mata kepada 7,223.75, Indeks FBM30 turun 113.75 mata kepada 6,857.25, Indeks FBM2BRD jatuh 20.31 mata kepada 4,896.56 dan Indeks FBMMesdaq 54.56 mata lebih rendah pada 4,203.97.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 605 berbanding 148 manakala 172 kaunter tidak berubah, 330 tidak diniagakan dan 64 yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan mengecil kepada 1.555 bilion saham bernilai RM1.844 bilion daripada 1.919 bilion saham bernilai RM1.879 bilion semalam.

Menerajui kaunter-kaunter cergas ialah KNM yang turun 2.5 sen kepada 96 sen dan Scomi yang naik 5.5 sen kepada 82 sen ekoran berita yang mengatakan ia membida bagi projek monorel di Brazil.

Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 1.361.349 bilion saham bernilai RM1.783 bilion daripada 1.677 bilion saham bernilai RM1.809 bilion semalam. Di Papan Kedua jumlah dagangan berkurangan kepada 89.821 juta saham bernilai RM39.723 juta daripada 151.069 juta saham bernilai RM49.889 juta sebelumnya.

Bagaimanapun, Pasaran Mesdaq mencatatkan peningkatan kecil jumlah dagangan kepada 68.256 juta saham bernilai RM12.055 juta daripada 61.214 juta saham bernilai RM11.336 juta. Warant bertambah kepada 20.862 juta saham bernilai RM3.812 juta daripada 16.335 juta saham bernilai RM4.144 juta.

Berdasarkan sektor, barangan pengguna menyumbang 76.296 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 342.544 juta, pembinaan 131.485 juta, perdagangan/perkhidmatan 400.897 juta, teknologi 14.424 juta, prasarana 36.333 juta, kewangan 78.404 juta, hotel 5.529 juta, harta 238.257 juta, perladangan 35.537 juta, perlombongan 10,000, REIT 1.51 juta dan dana tertutup 118,400.
- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers