PT Widuri (M) Sdn Bhd, pengedar dan pembekal produk herba, membuka gedung herba pertamanya yang akan berfungsi sebagai pusat sehenti bagi pemasaran produk dan kosmetik kecantikan serta kesihatan tempatan di negara ini.
Pengarah Urusannya, Syahrul Abdurrahim, berkata gedung itu yang terletak di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, dekat Chow Kit, sehingga kini menempatkan hampir 3,000 produk daripada 100 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Katanya, berdasarkan pemerhatian beliau, ramai pengusaha tempatan terutama PKS berjaya menghasilkan produk berkualiti hasil bantuan kajian dilakukan Mardi, namun biasanya produk berkenaan tidak dapat berkembang disebabkan kurangnya strategi pemasaran yang berkesan.
Sehubungan itu, beliau berkata, gedung herba yang baru dibuka itu akan berfungsi sebagai pusat sehenti bagi membantu peniaga PKS memasarkan produk dan sekali gus mengembangkan perniagaan mereka.
“Saya terpanggil mewujudkan satu pusat sehenti bagi membolehkan semua produk pengusaha Bumiputera dipasarkan dan ini sekali gus memudahkan orang ramai kerana tidak perlu ke merata tempat untuk memperoleh produk yang mereka ingini.
“Kami mengutamakan pengusaha tempatan dan ini terbukti apabila hampir 90 peratus ruang niaga kami dipenuhi produk herba tempatan,” katanya sambil menambah PT Widuri akan menguruskan pengedaran produk berkenaan termasuk ke Singapura dan Brunei.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran gedung itu yang disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Pada majlis itu, Mashitah turut melancarkan tiga produk terbaru keluaran Raudhah Herbs Sdn Bhd iaitu minuman penguat daya ingatan dalam bentuk sachet hasil campuran Habbatus Sauda’ dengan kurma dan kismis serta madu asli dalam perisa strawberi dan pandan.
Syahrul berkata, pihaknya hanya akan menerima produk yang berdaftar dan disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengelakkan produk herba yang dipasarkan mengandungi racun berjadual
June 15, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com