June 15, 2009

Mindshare raih anugerah utama

MINDSHARE Malaysia dipilih sebagai pemenang Grand Prix bagi Anugerah Media Malaysia 2009 menerusi iklan Rexona bertajuk ‘Rexona Teens Girls Just Wanna Have Fun.’ Selain anugerah utama itu, Mindshare Malaysia yang mengungguli enam daripada 11 kategori yang dipertandingkan, turut dipilih sebagai Agensi Tahunan Terbaik.

Anugerah Media Malaysia 2009 anjuran Media Specialists Association (MSA) kali kelima diadakan bagi mengiktiraf pencapaian dan sumbangan terbaik peserta dalam industri media.
Presiden MSA, Tan Siang Lin, berkata penganjuran anugerah itu bagi mewujudkan satu tanda aras, sekali gus meningkatkan penyertaan pakar media yang inovatif di negara ini.

Katanya, anugerah itu disertai oleh pihak yang terbabit dalam penggunaan media bagi tujuan pengiklanan seperti syarikat media, pakar media, agensi pengiklanan dan pengiklan. “Anugerah ini bagi mengiktiraf pencapaian terbaik dalam industri media dan ia satu-satunya majlis penyampaian anugerah di Malaysia bagi mengiktiraf hasil usaha inovasi dan strategik oleh pakar media,” katanya pada sidang media sempena Malam Anugerah Media Malaysia 2009 di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Hadir sama Pengerusi Penganjur Malam Anugerah Media Malaysia 2009 dan Naib Presiden MSA, Prashant Kumar serta Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd, Datuk Anthony Firdauz Bujang.

Ditubuhkan pada 2004, MSA bertanggungjawab menentukan penanda aras standard industri bagi prestasi dan kebertanggungjawapan, selain bertindak sebagai badan pengawas terhadap penyelidikan media dan perkara berkaitan audit.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers