June 10, 2009

Permintaan tenaga dijangka terus meningkat

KUALA LUMPUR 9 Jun - Permintaan terhadap tenaga dijangka terus meningkat untuk beberapa dekad akan datang meskipun dunia kini berhadapan dengan krisis kewangan dan cabaran dalam senario masa depan yang menggalakkan aktiviti kecekapan tenaga.

Naib Presiden ExxonMobil (Rantau Timur), Wayne A. Harms berkata, peningkatan dalam permintaan tenaga kebanyakannya berlaku di rantau Asia Pasifik dan ia diramal melebihi permintaan terhadap bahan-bahan asli di peringkat domestik.

"Fenomena ini akan menjadi cabaran besar untuk negara di rantau Asia Pasifik. Pelbagai sumber tenaga seperti hidrokarbon, nuklear dan tenaga boleh diperbaharui diperlukan untuk memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Gas Asli: Perspektif Pembekal pada hari terakhir Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-14 di sini.
Dalam pada itu, Harms berkata, gas asli akan memainkan peranan yang sangat penting dalam jumlah campuran tenaga di rantau Asia Pasifik memandangkan gas tersebut mempunyai tarikan daripada segi ekonomi dan kuantiti karbon yang rendah.

Tambahnya, pasaran gas asli cecair (LNG) dijangka mempunyai potensi besar untuk dibangunkan berikutan kecanggihan teknologi pada masa sekarang.
"Perjanjian komersial dalam jangka masa panjang yang berasaskan pada hubungan kukuh diperlukan untuk memastikan gas-gas dapat dihantar ke pasaran ekonomi yang sedang berkembang," jelasnya.

Beliau berkata, hubungan yang mantap dalam perjanjian komersial berkenaan sama ada di pihak penjual atau pembeli diperlukan untuk memenuhi permintaan gas asli yang dijangka meningkat pada abad akan datang.

Menurutnya, industri minyak dan gas telah menunjukkan pemulihan dari semasa ke semasa,
maka usaha berterusan perlu dilaksanakan untuk memastikan pertumbuhan mapan dalam industri tersebut pada masa hadapan.

Kami di ExxonMobil pula berharap dapat memberi sumbangan dan mengambil pendekatan bersama dalam usaha menghadapi cabaran-cabaran dalam industri ini," katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers