June 10, 2009

Galak pemuliharaan tenaga tangani masalah perubahan iklim

KUALA LUMPUR 9 Jun - Semua pihak perlu menggalakkan pemuliharaan tenaga dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui agar bahan bakar dapat digunakan secara berkesan untuk menangani masalah perubahan iklim dalam jangka masa panjang.

Ketua Pengarah, Jabatan Sumber Asli dan Bahan Bakar, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Shinsuke Kitagawa berkata, negaranya telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menggalakkan pemuliharaan tenaga dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

"Antaranya adalah pelaksanaan pelbagai jenis program penyelidikan dan pembangunan (R&D) termasuk R&D yang berasaskan perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Dasar Tenaga Jepun: Usaha dan Cabaran pada hari terakhir Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-14 di sini hari ini.
Kitagawa berkata, Jepun telah melakukan pelaburan secara berterusan untuk menyelidik dan membangunkan teknologi tenaga selama lebih 30 tahun.

"Kami percaya teknologi ialah kunci untuk sesebuah negara mencapai pembangunan yang mapan dan berterusan. Buktinya, Jepun berjaya menjadi negara yang mempunyai kecekapan tenaga tertinggi di dunia," katanya.

Beliau berkata, Jepun berharap dapat memberi sumbangan kepada inisiatif antarabangsa dalam sektor tenaga dengan memaksimumkan pengalaman dan teknologi yang telah diusahakannya untuk tempoh yang begitu lama.

"Kami akan memajukan R&D dalam bidang teknologi tenaga dan bekerja keras untuk menggalakkan pembangunan mapan di rantau Asia," katanya.
Menurutnya, Jepun telah mengambil beberapa pendekatan untuk menghadapi cabaran dalam usaha pemuliharaan tenaga antaranya dengan memperkenalkan loji tenaga nuklear melalui jalinan kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers