June 10, 2009

Krisis ekonomi: Pelaburan LNG hadapi ketidaktentuan

KUALA LUMPUR 9 Jun - Krisis ekonomi yang melanda dunia kini telah mengakibatkan pelaburan dalam projek-projek gas asli cecair (LNG) untuk masa hadapan menghadapi ketidaktentuan jangka pendek.

Naib Presiden Petronas (Urusniaga Gas), Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin (gambar) bagaimanapun berkata, LNG dijangka mengalami pertumbuhan yang stabil dalam jangka panjang.

"Permintaan LNG yang perlahan dan pengurangan dalam kecairan bank yang berlaku pada masa ini menyebabkan banyak syarikat mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' sebelum membuat pelaburan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Gas Asli: Perspektif Pembekal pada hari terakhir Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-14 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Persidangan yang bertemakan 'Pendekatan Bersama Dalam Paradigma Baru' itu dihadiri oleh 1,125 peserta dari 35 buah negara.
Wan Zulkiflee berkata, penurunan harga LNG dan bahan-bahan komoditi lain bagaimanapun tidak menyebabkan kemerosotan ketara dalam harga keseluruhan untuk projek-projek LNG.

Jelasnya, terdapat beberapa faktor penting yang boleh membantu mengekalkan tahap kebolehpercayaan dalam pembekalan LNG antaranya adalah kestabilan geopolitik dan tenaga sumber manusia yang cekap.

"Faktor-faktor tersebut akan memberi lebih banyak impak kepada pengeluar LNG khususnya daripada segi daya ketahanan untuk mengharungi tempoh sukar pada masa sekarang," kata beliau.

Tambahnya, industri tenaga bakal berhadapan dengan perubahan landskap pada masa hadapan seperti perkembangan inovasi teknologi, sumber-sumber tenaga alternatif dan rangkaian tenaga yang lebih besar serta integrasi pasaran.

Kata beliau, pemain-pemain industri minyak dan gas merentasi rantaian nilai perlu menjalinkan ikatan dan kerjasama erat serta efektif untuk memuaskan kehendak dan matlamat bersama.
"Usaha tersebut diperlukan agar semua pihak dapat mengharungi krisis ekonomi ini bersama demi perancangan tenaga yang lebih baik pada masa hadapan," katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers