June 18, 2009

Nestle terus terajui segmen kopi

NESTLE (Malaysia) Bhd yakin terus menerajui segmen minuman berasaskan kopi tempatan menerusi rangkaian produk Nescafe yang menguasai kira-kira 70 peratus pasaran produk berkenaan, ketika ini.

Pengurus Eksekutif Perniagaan Minuman Nestle Products Sdn Bhd (Malaysia/ Singapura), Don Howat, berkata syarikat juga sentiasa melaksanakan langkah pengubahsuaian, inovasi dan pelancaran produk baru segmen itu bagi memenuhi keperluan pasaran.

Katanya, Nestle juga secara agresif melaksanakan kempen pengiklanan Nescafe dalam usaha menyedarkan orang ramai mengenai khasiat kopi yang mengandungi kebaikan antioksidan.
“Kami melihat banyak peluang di Malaysia khususnya bagi segmen minuman secara amnya dan Nescafe secara khususnya, dengan secara purata pengguna Malaysia minum hanya 120 cawan kopi setahun berbanding 1,400 cawan setahun pengguna di Finland,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran kempen terbaru Nescafe yang menampilkan selebriti terkenal, Maya Karin sebagai duta produk berkenaan. Howat berkata, syarikat masih mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan bagi segmen kopi dan minuman setakat ini, walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Katanya, Nescafe adalah antara produk yang menawarkan lebih nilai daripada harga yang dibayar pengguna, khususnya menerusi rangkaian Nescafe Classic. “Kami dapati dalam keadaan kelembapan ekonomi, pengguna lebih cenderung untuk makan serta minum di rumah dan produk seperti Nescafe adalah pilihan yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, jenama minuman Milo masih menjadi penyumbang terbesar kepada segmen minuman Nestle dan turut mensasarkan peningkatan penguasaan pasaran. “Bukan saja penguasaan pasaran, malah kami juga mahu mempertingkatkan jumlah peminum kopi di negara ini menerusi kempen pengiklanan Nescafe yang baru dilancarkan,” katanya.

Howat bagaimanapun enggan mengumumkan jumlah perbelanjaan bagi kempen itu tetapi memberitahu ialah kempen promosi terbesar yang pernah dilaksanakan sejak dua tahun lalu. Katanya, pemilihan Maya Karin sebagai duta Nescafe adalah bertepatan kerana beliau diminati masyarakat negara ini dan ia menyediakan landasan terbaik bagi syarikat untuk memaklumkan kebaikan kopi kepada umum.

“Hasil penyelidikan menunjukkan secawan kopi kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi sel tubuh daripada radikal bebas yang boleh disebabkan faktor seperti pendedahan kepada radiasi ultra ungu matahari, pencemaran alam sekitar dan tekanan hidup,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers