June 10, 2009

Perdagangan penentu pemulihan

KUALA LUMPUR 9 Jun - Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) yakin pemulihan industri penerbangan akan berlaku apabila perdagangan kembali pulih.
Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Giovanni Bisignani berkata, perdagangan akan menjadi penentu kerana ia menyumbang sebanyak 10 peratus kepada perolehan industri tersebut.

''Namun dalam masa terdekat ini belum nampak sebarang tanda yang jelas mengenai pemulihan itu. Sekiranya terdapat, ia akan membantu memulihkan industri kargo.

''Pemulihan jumlah penumpang pula akan mengambil masa untuk pulih dan dalam bilangan yang kecil serta bukan dalam kadar segera,'' katanya pada sidang akhbar pada majlis penutup Mesyuarat Agung Tahunan IATA ke-65 di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden Mesyuarat Agung IATA, Datuk Seri Idris Jala dan Pengerusi IATA yang baru Tony Tyler.
Sementara itu, Idris berkata, semua mata tertumpu kepada China yang merupakan 'kilang dunia'.

''Apabila China mula mengeluarkan produk atau membuka eksport mereka, industri kargo juga akan tumbuh dan seterusnya pertumbuhan penumpang akan berlaku.
''Waktu pemulihan yang tepat masih belum dapat dipastikan kerana empat masalah utama berlaku pada waktu ini,'' katanya.

Tambah Idris, antara masalah yang dihadapi industri penerbangan adalah kemelesetan ekonomi global, lindung nilai bahan bakar, kejatuhan harga bahan bakar menyebabkan syarikat penerbangan terpaksa menurun atau menghapuskan surcaj serta masalah wabak influenza A (H1N1).

''Ia adalah perkara sukar dan memerlukan usaha yang gigih daripada pelbagai pihak untuk memastikan semuanya akan pulih,'' jelasnya.
Ketika diminta mengulas mengenai krisis ekonomi ini memberikan kelebihan kepada syarikat penerbangan tambang murah, Idris berkata, mereka boleh bertahan dalam suasana ekonomi mencabar kerana dapat menangani kenaikan kos.

''Syarikat penerbangan tambang murah mempunyai hasil tinggi serta faktor muatan yang tinggi, oleh itu mereka boleh menghadapi kenaikan kos.
''Bagi syarikat penerbangan konvensional, seperti Malaysian Airline System (MAS) cara terbaik untuk bertahan adalah bekerjasama dan bersaing secara sihat dengan syarikat penerbangan tambang murah ini,'' katanya.

Jelasnya, persaingan yang sihat adalah baik untuk kedua-dua jenis syarikat penerbangan serta baik untuk pelanggan kerana pasaran mempunyai tempat untuk kedua-dua mencatat keuntungan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers