June 17, 2009

MICCI: Malaysia disasar jadi destinasi utama

KUALA LUMPUR 16 Jun - Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) merancang menjadikan Malaysia sebagai destinasi perniagaan antarabangsa utama dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Presidennya, Irene Dorner berkata, antara langkah yang diambil oleh MICCI adalah membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mempromosi dagangan dan pelaburan serta pembangunan sektor perkhidmatan.

''Bagi menyokong PKS, MICCI telah menganjurkan program yang mana lapan syarikat multinasional menjadi mentor kepada PKS.

''Untuk tahun ini, MICCI menyasarkan untuk mempunyai 20 syarikat multinasional menjadi mentor kepada PKS dalam tempoh 12 bulan akan datang,'' katanya semasa berucap pada majlis makan tengah hari MICCI di sini hari ini.

Dorner merupakan Presiden MICCI yang baru bagi menggantikan Dr. Rajah Kumar. Pelantikannya diumumkan pada Mesyuarat Agung Tahunan MICCIM hari ini.

Kata Dorner, MICCI juga menimbang untuk memajukan program pembangunan kapasiti PKS dan cadangan itu akan dibentangkan kepada Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec) untuk dinilai.

''Melalui program ini, MICCI menyasarkan untuk melatih tiga pengurus daripada 50 PKS setahun dan 150 pengurus terlatih,'' katanya.

Sementara itu, bagi promosi perdagangan dan pelaburan, MICCI telah menubuhkan Program Perhubungan Perniagaan Antarabangsa (IBLP) untuk mengukuhkan rangkaian antara dewan-dewan perniagaan.

Katanya, beberapa bulan lalu, memorandum persefahaman telah dimeterai dengan Columbia dan Ukraine dan selepas itu Zimbabwe sebelum akhir Julai ini.

Selain itu, bagi pembangunan sektor perkhidmatan, program di peringkat tempatan akan ditubuhkan untuk meningkatkan rangkaian MICCI di seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur.

MICCI akan memastikan sektor perkhidmatan di Malaysia menerima pendedahan sewajarnya dalam usaha meningkatkan pelaburan dan perdagangan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers