June 16, 2009

Syarikat China senarai saham di Bursa Malaysia

SYARIKAT dari China, Multi Sports Holdings Ltd akan membuat tawaran awam permulaan (IPO) 108.6 juta saham sempena penyenaraiannya di Bursa Malaysia. Daripada jumlah itu, 57.6 juta adalah saham terbitan baru, manakala 51 juta lagi saham sedia ada yang akan ditawarkan kepada pelabur terpilih. Bagi saham terbitan baru, 18 juta diperuntukkan untuk langganan awam dan 39.6 juta untuk pelabur terpilih.

Prospektus IPO itu dijangka dilancarkan pada suku kedua bulan depan dengan penyenaraiannya dijadualkan pada Ogos. IPO berkenaan diuruskan AmInvestment Bank Bhd. Pengerusi Eksekutif Multi Sports, Lin Huozhi, berkata syarikat itu bakal meraih kira-kira RM60 juta daripada IPO berkenaan, yang mana RM30 juta akan digunakan bagi membiayai pembinaan kilang pengeluaran baru anak syarikatnya, Bai Xing Shoes Co Ltd, iaitu pengeluar tapak dan lapik kasut sukan. Bakinya, katanya, akan digunakan sebagai modal kerja, dan pengurusan IPO berkenaan.

Lin berkata, kilang baru terletak tidak jauh daripada kilang sedia ada, iaitu di Jinjiang, dalam Wilayah Fujian di Selatan China dijangka memulakan operasi dalam suku keempat tahun depan. "Kilang berkenaan akan mempunyai kapasiti menghasilkan 50 juta pasang tapak dan lapik kasut sukan setahun. Industri pembuatan tapak dan lapik kasut agak bermodal tinggi kerana pelaburan besar diperlukan untuk membuat acuan baru bagi setiap model kasut," katanya sambil menambah setiap model baru yang diperkenalkan memerlukan antara 10 hingga 15 saiz berbeza dan setiap saiz memerlukan acuan berbeza.

Bercakap kepada pemberita yang melawat kilang Bai Xing Shoes, di Jinjiang, kelmarin, Lin menjelaskan, kilang berkeluasan 60,000 kaki persegi itu akan meningkatkan jumlah pengeluaran syarikat kepada hampir 75 juta pasang tapak dan lapik kasut sukan setahun berbanding 24 juta pasang setahun sekarang.

Pertambahan itu, katanya, sejajar dengan jangkaan peningkatan permintaan bagi produk yang dihasilkan yang dibekalkan kepada kira-kira 300 syarikat pengeluar kasut sukan seluruh China, yang sebahagiannya juga terdiri daripada pengeluar kasut jenama tempatan terkemuka negara itu.

Huozhi berkata, pembesaran operasi itu dijangka cukup menampung keperluan peningkatan permintaan dari pelanggannya di China sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun akan datang, tanpa sebarang cadangan untuk meneroka pasaran ke negara luar.

"Permintaan di China yang memiliki 1.3 bilion penduduk adalah cukup besar, lebih-lebih lagi dengan peningkatan mutu hidup penduduknya. "Setakat ini pengeluaran kami hanya menampung pengeluaran di China saja dan kami belum mampu menghasilkan produk untuk eksport memandangkan kapasiti yang dimiliki syarikat hanya mampu menampung sebahagian kecil permintaan yang ada di seluruh republik ini," katanya.

Operasi Bai Xing Shoes, sebuah daripada anak syarikat Multi Sports beroperasi menerusi dua buah kilang pengeluaran yang beroperasi 24 jam setiap hari. Syarikat itu menggajikan 1,900 pekerja pada satu-satu masa yang bekerja tiga shif sehari.

Operasinya hanya ditutup selama tiga minggu setiap tahun ketika cuti Tahun Baru Cina. Bagi memastikan bekalan yang stabil kepada pelanggan, had maksimum setiap pelanggan ditetapkan hanya lima peratus daripada jumlah pengeluaran dan pendekatan itu juga diambil bagi mengawal risiko selain memastikan syarikat tidak bergantung hanya kepada bilangan pelanggan yang terhad.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers