PENYEDIA perkhidmatan logistik, Konsortium Logistik Bhd (KLB), menjangka berupaya untuk terus mencatatkan keuntungan tahun ini di sebalik jangkaan penurunan antara 10 hingga 20 peratus pendapatannya pada separuh kedua 2009.
Naib Presiden Eksekutifnya, Loo Hooi Keat, berkata jangkaan pengurangan pendapatan pada separuh kedua itu ekoran kesan kemelesetan ekonomi semasa yang menyaksikan penurunan permintaan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan syarikat.
Katanya, ini berikutan pengurangan jumlah pelanggan akibat penutupan operasi serta sebahagian pelanggan yang mengecilkan operasi mereka.
Bagaimanapun, beliau berkata, syarikat telah mengambil pelbagai langkah perlu bagi mengatasi kesan penurunan permintaan itu. “Ini termasuk mengurangkan kos serta meningkatkan tahap kecekapan operasi, selain faktor harga minyak rendah ketika ini juga membantu menjimatkan kos pengangkutan.
“Syarikat juga mempunyai beberapa kontrak jangka panjang yang mewakili lebih 60 peratus sumbangan kepada pendapatan keseluruhan bagi membantu kami terus mencatat keuntungan tahun ini,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu di Puchong, Selangor, semalam.
KLB terbabit dalam kegiatan utama seperti menyediakan perkhidmatan pengangkutan, penyimpanan dan perkhidmatan nilai tambah untuk logistik, selain perkhidmatan logistik menyeluruh dan penyelesaian inventori.
Syarikat itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM31.23 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008. Bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2009, KLB mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM6.63 juta berbanding RM6.61 juta dalam tempoh sama 2008.
Pendapatannya bagaimanapun menurun kepada RM52.10 juta daripada RM62.30. Loo menambah, bagi menjamin kesinambungan pendapatannya, pihaknya sentiasa meneroka peluang membida lebih banyak kontrak jangka panjang.
Katanya, baru-baru ini syarikat telah memenangi kontrak lima tahun untuk mengendalikan Pusat Pemeriksaan Pra-penghantaran (PDI) bagi syarikat automotif di negara ini. Beliau berkata, kontrak terbabit yang dijangka dianugerahkan secara rasmi bulan depan, bakal membantu KLB meningkatkan lagi pendapatannya.
“Banyak syarikat besar dan multinasional lebih cenderung melaksanakan penyumberan luar berbanding mengendalikan sendiri aktiviti logistik dan ini secara tidak langsung membuka peluang perniagaan kepada pihak ketiga mengendalikannya,” katanya.
June 18, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com