June 15, 2009

Kurnia Setia Bhd bakal diambil alih

PEMEGANG saham utama Kurnia Setia Bhd, Kumpulan TAS dan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (LKPP), membuat cadangan untuk mengambil alih keseluruhan kepentingan dalam syarikat berkenaan.

Menerusi cadangan itu, pemegang saham utamanya menawarkan untuk mengambil alih keseluruhan perniagaan, termasuk aset dan liabiliti dalam Kurnia Setia, bersama-sama ladang sawit seluas 14,000 hektar menerusi jentera khas dikenali sebagai Kreatif Selaras Sdn Bhd.

Kurnia Setia akan membuat pembayaran modal kepada semua pemegang saham pada RM2.40 sesaham manakala pemegang waran pula akan menerima 90 sen setiap waran dipegang.
Tawaran rasmi sudah diserahkan kepada lembaga pengarah Kurnia Setia yang menggariskan perincian tawaran.

Harga belian RM270 juta adalah berdasarkan baki saham Kurnia Setia pada 5 Jun 2009, mewakili 101.5 juta saham dan 1.8 juta opsyen di bawah skim opsyen saham kakitangan Kurnia Setia, bernilai sekitar RM248 juta.

Sementara itu, terdapat baki waran 24.6 juta bernilai RM22.1 juta, dengan andaian pemegang waran tidak menukarnya sehinggalah pengambilalihan sele-sai.

Waran Kurnia Setia mempunyai tempoh penukaran 10 tahun, matang pada 20 April 2018. Kumpulan TAS menguasai 30.5 peratus dalam Kurnia Setia, LKPP sebanyak 22.8 peratus, manakala baki oleh orang awam.

Selepas selesainya pengambilalihan itu, LKPP dan Transaksi Madani Sdn Bhd akan menjadi pemegang saham utama dalam Kreatif Selaras, masing-masing secara tidak langsung menguasai 22.8 peratus dan 77.2 peratus dalam Kurnia Setia.

Sebab yang diberikan bagi pengambilalihan itu ialah persekitaran pasaran saham yang tidak kondusif yang tidak mencerminkan nilai sebenar harga saham Kurnia Setia.

Pengambilalihan itu memberikan pemegang saham minoriti peluang keluar dan merealisasikan pelaburan pada RM2.45 - iaitu harga tawaran RM2.40 dan lima sen dividen yang akan diba-yar. Kurnia Setia adalah kumpulan perladangan bersaiz kecil dengan keluasan ladang sawit 10,859 hektar di Pahang.

Syarikat itu juga terbabit dalam pembangunan hartanah dengan membangunkan kawasan seluas 607 hektar di Kuantan, tetapi pelancaran projek bernilai RM1.8 bilion itu ditangguh susulan kegawatan ekonomi global.

Firma penyelidikan Standard & Poor’s menurunkan penarafan ke atas Kurnia Setia kepada ‘pegang’ daripada ‘beli’ sebelum ini. Ia juga menurunkan harga sasaran kepada RM2.40 daripada RM2.50.

Harga saham itu, katanya, setara dan hanya 10 sen di bawah hara sasaran 12-bulan pada RM2.50. Bagaimanapun, tawaran itu hanya mewakili premium masing-masing 9.1 peratus dan 1.1 peratus kepada harga saham utama RM2.20 dan waran 89 sen sebelum dagangan digantung.

Ramai penganalisis bersetuju pengambilalihan itu akan berjalan lancar dan dapat diselesaikan hujung tahun ini. S&P juga mengekalkan ramalan pendapatan syarikat itu bagi 2009. Sementara itu, SJ Securities mengekalkan cadangannya ‘pegang’ ke atas saham Kurnia Setia dengan nilai tara RM2.40 berdasarkan harga tawaran. Pada harga semasa itu, Kurnia Setia didagangkan pada PER 4.7 kali.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers