KUALA LUMPUR 16 Jun - Menempuh masa ekonomi yang sukar memerlukan langkah yang lebih drastik dilaksanakan. Jadi tidak menghairankan, pengurangan kos operasi menjadi antara pilihan.
Keadaan ini memaksa kerajaan mengenalpasti mana-mana kos operasinya yang melebihi peruntukan dan meneliti keperluan untuk melakukan pengurangan dengan peruntukan pembangunan negara dikekalkan.
''Kami kini berusaha mengurangkan mengurangkan defisit bajet pada tahun depan yang disasarkan 7.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),'' kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Ahmad Husni menyifatkan usaha berkenaan tidak mudah dilakukan kerana mengambil kira sumbangan hasil daripada industri petroleum dan sektor korporat merosot.
''Pendapatan negara pada 2010 sudah pasti lebih rendah berbanding tahun ini. Ini bermakna kita perlu mengurangkan kos,'' kata beliau.
Ahmad Husni berkata, pengurangan defisit bajet diberi perhatian kerana ia akan memulihkan penarafan kepada Malaysia.
Fitch Ratings, baru-baru ini menurunkan penarafan mata wang tempatan jangka panjang Malaysia kepada 'A' berbanding 'A+' berikutan kebimbangan terhadap peningkatan defisit bajet.
Agensi penarafan itu menyasarkan defisit bajet Malaysia meningkat kepada 7.7 peratus daripada KDNK.
Unjuran defisit bajet rasmi bagi 2009 ialah 4.8 peratus.
Tetapi kebanyakan penganalisis ekonomi tempatan mengunjurkan defisit bajet tahun ini melepasi lima peratus.
Dalam pada itu, Ahmad Husni sekali lagi mengulangi keyakinan bahawa ekonomi negara kembali pulih menjelang suku keempat tahun ini.
''Pemulihan ekonomi tempatan dijangka mula dirasai pada suku ketiga serta mencatatkan pertumbuhan positif pada suku keempat dan pada tahun depan,'' ujarnya.
Katanya, keyakinan itu didorong oleh tanda-tanda pemulihan oleh Amerika Syarikat, negara yang menjadi penyebab utama krisis ekonomi global.
Malah, tegasnya, Bank Pusat Eropah dan Jerman juga semakin optimis bahawa krisis ekonomi global telah mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
''Kalau situasi semasa kekal atau pulih sedikit, kita boleh mencapai -4 atau -5 pada tahun ini,'' katanya.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com