June 16, 2009

Ulasan Pasaran: Kelemahan sentimen jejas pasaran

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam dengan sentimen terjejas oleh kelemahan bursa serantau, kata peniaga. Pada jam lima petang, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) melonjak 11.53 mata kepada 1,075.50 selepas dibuka 2.89 mata lebih tinggi pada 1,093.04 di sebelah pagi.

Peniaga itu berkata, ketiadaan petunjuk baru di dalam dan luar negara, turut melemahkan pasaran dengan aktiviti pengambilan untung.

Penganalisis SJ Securities, Phua Kwee Hock, berkata aliran menaik pasaran masih terbatas berikutan halangan yang besar. Pasaran yang mencecah paras tinggi seharian 1,095.72 dan paras rendah seharian 1,086.08, bergerak rendah sepanjang hari tetapi berjaya membuat pemulihan sedikit pada minit terakhir setelah didorong oleh belian terhadap saham berwajaran tinggi yang utama.

“Saya menjangkakan pasaran akan kekal lemah hari ini. Ini hanya tarikan semula jangka pendek. Sasaran jangka panjang kita masih lagi pada paras 1,160 untuk tahun ini,” katanya.
Phua berkata, IK dijangka bergerak dalam lingkungan 1,084 dan 1,094 hari ini.

Bagi dagangan semalam, Indeks Perladangan susut 6.64 mata kepada 5,463.7, Indeks Kewangan melonjak 30.42 mata kepada 8,760.25 dan Indeks Perindustrian naik 16.45 mata kepada 2,365.7.

Indeks FBMEmas merosot 12.81 mata kepada 7,344.94, Indeks FBM30 menambah 37.28 mata kepada 6,971.0, Indeks FBM2BRD lebih rendah 69.44 mata kepada 4,916.87 dan Indeks FBMMesdaq berkurangan 114.33 mata kepada 4,258.53.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan 607 berbalas 193 sementara 173 kaunter tidak berubah, 257 tidak diniagakan dan 40 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 1.919 bilion saham bernilai RM1.879 bilion daripada Jumaat lalu iaitu 2.177 bilion saham bernilai RM1.896 bilion. Mendahului kaunter aktif adalah KNM yang turun 5.5 sen kepada 98.5 sen, Mulpha susut satu sen kepada 62 sen, Compugates kekal pada 7.5 sen, Equine Capital merosot 1.5 sen kepada 65.5 sen dan Tebrau Teguh berkurangan enam sen kepada 92 sen.

Saham berwajaran tinggi yang mengaut keuntungan semalam adalah Maybank yang mengukuh 15 sen kepada RM6.10, Sime Darby dan Tenaga Nasional masing-masing menokok lima sen kepada RM7.05 dan RM7.90 sementara Bumiputra-Commerce meningkat 10 sen kepada RM9.25 dan IOI Corp lebih tinggi dua sen kepada RM4.70. British American Tobacco pula melonjak 75 sen kepada RM45.00 dan PPB lebih tinggi 30 sen kepada RM11.50.

Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 1.677 bilion saham bernilai RM1.809 bilion daripada 1.991 bilion saham bernilai RM1.84 bilion Jumaat lalu. Bagaimanapun, jumlah dagangan di Papan Kedua menokok kepada 151.069 juta unit bernilai RM49.889 juta daripada 78.765 juta unit bernilai RM29.147 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq mengukuh sedikit kepada 61.214 juta saham bernilai RM11.336 juta daripada 61.201 juta saham bernilai RM12.917 juta minggu lalu. Waran pula merosot kepada 16.335 juta unit bernilai RM4.144 juta daripada 20.812 juta unit bernilai RM3.761 juta sebelumnya.

Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 109.294 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 302.558 juta, pembinaan 130.84 juta, urus niaga/perkhidmatan 581.93 juta, teknologi 17.275 juta, infrastruktur 44.504 juta, kewangan 98.721 juta, perhotelan 10.414 juta, hartanah 326.649 juta, perladangan 53.294 juta, perlombongan 16,000, Reits 1.607 juta dan dana tertutup 128,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers