June 18, 2009

Malaysia, Itali tingkat kerjasama ekonomi

MALAYSIA dan Itali sepakat meningkatkan lagi kerjasama ekonomi dalam pelbagai sektor selain mencari jalan bagi memudahkan pelabur Itali menubuhkan pangkalan operasi di negara ini sekali gus berfungsi sebagai laluan masuk ke rantau Asean.

Kesepakatan itu dicapai pada mesyuarat perdagangan dan ekonomi dua hala antara antara kedua-dua negara yang masing-masing diketuai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir dan Timbalan Menteri Pembangunan Ekonomi Itali, Alolfo Urso, di Kuala Lumpur, semalam.

Bercakap kepada media selepas itu, Mukhriz berkata, mesyuarat berkenaan juga membincangkan usaha Malaysia untuk meraih manfaat daripada kalangan 4.3 juta syarikat di Itali yang sebahagian besar adalah syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Kita sedang berusaha meneroka peluang bagaimana Malaysia boleh memanfaatkan rantaian nilai yang ada untuk dihubungkan dengan usahawan di Malaysia. “Usaha juga dilakukan bagi menarik usahawan PKS Itali menubuhkan pangkalan pembuatan dan perkhidmatan bukan saja untuk pasaran tempatan, tetapi juga untuk pasaran serantau,” katanya, di Kuala Lumpur, semalam.

Mesyuarat itu sempena lawatan dua hari delegasi Itali yang disertai 147 perwakilan daripada 80 syarikat negara itu ke Malaysia antara mulai semalam hingga hari ini.

Tahun lalu, Itali adalah rakan dagang kelima terbesar Malaysia di kalangan Kesatuan Eropah (EU) dengan nilai dagangan RM7.9 bilion, berbanding RM8.3 bilion pada 2007. Negara itu juga adalah destinasi eksport keenam terbesar Malaysia di kalangan EU dengan eksport bernilai RM3.1 bilion berbanding RM3.8 bilion pada 2007.

Sementara itu, Urso berkata walaupun tahun ini dagangan dua hala antara Malaysia-Itali berdepan cabaran berikutan tekanan ekonomi global, beliau yakin keadaan akan pulih dan menjadi lebih baik pada 2010.

“Hasrat utama kami datang ke Malaysia untuk meningkatkan pelaburan di negara ini dan kami juga mahu meneroka potensi untuk melabur di pelbagai koridor pembangunan yang diwujudkan oleh kerajaan,” katanya.

Pada mesyuarat semalam, kedua-dua negara juga bersetuju dengan Terma Rujukan bagi Jawatankuasa Bersama Ekonomi (JEC) Malaysia-Itali dan seterusnya memeterai kenyataan bersama.

JEC Malaysia-Itali ditubuhkan selepas kedua-dua negara menandatangani Perisytiharan Kerjasama Ekonomi Bersama pada 2007. Menerusi perjanjian itu, kedua-dua negara kini akan mendapatkan tarikh sesuai untuk mengadakan mesyuarat pertama JEC Malaysia-Itali.

Mesyuarat itu juga menyaksikan perjanjian memorandum persefahaman (MoU) bagi penubuhan Jawatankuasa Pemandu Perniagaan antara Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan General Confederation of The Italian Industri (Confindustria). FMM diwakili presidennya, Tan Sri Mustafa Mansor, manakala Confindustria diwakili oleh timbalan pengerusinya, Paolo Zegna.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers