June 18, 2009

Helikopter EC225 terima sijil DCA

HELIKOPTER EC225 seberat 11 tan yang dibangunkan oleh Eurocopter Malaysia bagi kegunaan mengangkut penumpang mendapat kelulusan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bagi kegunaan komersial di negara ini.

Dalam satu kenyataan semalam, Eurocopter berkata, pasukan daripada DCA melawat ibu pejabat Eurocopter di Marignane, Perancis pada September 2008 untuk melakukan proses pertama bagi pensijilan penerimaan kegunaan pesawat jenis itu di Malaysia.

Penerimaan pensijilan tempatan daripada DCA itu adalah satu peristiwa penting bagi syarikat berkenaan kerana ia menandakan sebuah lagi helikopter di bawah kumpulan itu diperakui tahap keselamatannya bagi kegunaan di negara ini.

Katanya, helikopter jenis EC225 itu adalah versi kegunaan awam kepada helikopter tentera 11 tan jenis EC725 yang mendapat tender sebagai pengganti kepada pesawat Nuri yang digunakan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Dengan penerimaan pensijilan itu, ia bermakna pesawat EC225 dijangka bakal mendapat beberapa pelanggan luar pesisir yang akan menggunakan pesawat itu menjelang pertengahan tahun ini,” katanya.

Katanya, helikopter itu yang melakukan penerbangan sulungnya pada November 2000, dibangunkan khusus untuk pengangkutan penumpang terutama bagi kegunaan misi luar pesisir dan membawa orang kenamaan, selain menjalankan tugas mencari dan menyelamat.

Helikopter itu juga menggunakan teknologi baru yang bermakna prestasi, keselesaan dan keselamatan penerbangan EC225 akan memberikan kepuasan kepada anak kapal, katanya. EC225 mempunyai paras penerbangan sehingga 20,000 kaki pada suhu pengendalian antara - 30 darjah Celsius hingga + 50 darjah Celsius.

Februari lalu, Eurocopter memilih Malaysia untuk dijadikan sebagai pusat penerbangan serantau untuk helikopter jenis EC225 dan EC725 bagi rantau ini dan ia dijangka siap pada 2011.
Ketika ini, Eurocopter menguasai 50 peratus daripada pasaran helikopter awam dan 38 peratus pasaran helikopter tentera di Malaysia. Jarak lokasi operasinya dekatnya dengan pelanggan serta penyediaan khidmat sokongan yang luas adalah antara sebab utama ia muncul sebagai pengeluar helikopter utama di Malaysia.

Eurocopter adalah anak syarikat milik penuh European Aeronautic Defence and Space Company (EADS), antara syarikat aeroangkasa terbesar dan utama di dunia. Syarikat itu menjadikan Subang sebagai pusat operasi serta penyelenggaraan dan baik-pulih (MRO) bagi rantau ini.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers