June 18, 2009

MAE, Alenia Aeronautica tubuh syarikat usaha sama

MAS Aerospace Engineering (MAE), anak syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), memeterai perjanjian dengan Alenia Aeronautica milik Finmeccanica, syarikat aeronautikal terbesar Itali bagi menubuhkan syarikat usaha sama yang menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan baik pulih untuk pesawat komersial jenis berkipas atau turboprop di Subang.

Perjanjian itu dimeterai antara Ketua Eksekutif Alenia Aeronautica, Giovanni Bertolone dan Pengarah Urusan MAE, Mohd Roslan Ismail pada Pertunjukan Udara Le Bourget ke-48 di Paris, semalam.

MAS dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam, berkata MAE memiliki 51 peratus saham dalam syarikat usaha sama itu yang dikenali sebagai MAS-Alenia Aeronautica Aerospace Engineering (MAAE) manakala bakinya dipegangnya Alenia Aeronautica.

Perjanjian usaha sama itu adalah susulan daripada tempahan awal 20 pesawat turboprop ATR 72 siri 500 oleh anak syarikat milik penuh MAS, Firefly dan MASwings, termasuk pilihan pembelian tambahan tujuh lagi pesawat oleh kedua-dua syarikat berkenaan.

“MAAE akan menawarkan perkhidmatan MRO untuk pesawat ATR dari negara Asean dan juga dari India manakala perkhidmatan kepada lain-lain negara akan dilakukan dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu. ATR yang juga peneraju penjualan pesawat turboprop di rantau ini gembira dengan keputusan menubuhkan firma usaha sama itu.

“ATR sedar mengenai peluang yang boleh ditawarkan MAAE di pusat MRO ATR yang akan ditubuhkan di Malaysia tidak lama lagi, khusus bagi menyelenggara pesawat ATR dari Asia Tenggara,” demikian mengikut kenyataan itu.

Sementara itu, Bertolone berkata, sejak beberapa tahun lalu, Itali dan Malaysia menjalin hubungan kukuh dalam industri aeroangkasa menerusi kerjasama dalam bidang seperti latihan penerbangan pesawat, sokongan teknikal dan perkhidmatan penyelenggaraan.

“Termeterainya perjanjian antara Alenia Aeronautica dan MAE ini mengukuhkan lagi hubungan kami dengan Malaysia. “Ia juga membuka peluang kepada kami untuk merebut habuan dalam pasaran di sektor teknologi tinggi dan inovasi di Malaysia,” katanya.

Roslan pula berkata, MAE akan bekerjasama rapat dengan Alenia Aeronautica bagi menjadikan syarikat usaha sama itu sebagai penyedia perkhidmatan MRO bagi pesawat ATR di Asia. “Penubuhan syarikat itu juga akan membantu menjayakan lagi hasrat kerajaan yang sedang berusaha menjadikan Subang sebagai sebuah pusat penerbangan utama di rantau ini,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers