KADAR inflasi Malaysia bagi Mei lalu susut kepada 2.4 peratus, terendah dalam tempoh 16 bulan berbanding tiga peratus pada April berikutan penurunan berterusan kos pengangkutan. Ia juga penurunan bagi tempoh sembilan bulan berturut-turut sejak September tahun lalu selepas merekodkan tahap tertinggi dalam tempoh 26 tahun pada Ogos 2008 iaitu 8.5 peratus.
Jabatan Perangkaan dalam kenyataan semalam, menyatakan penurunan kadar kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP), iaitu pengukur inflasi itu sebahagian besar disumbangkan oleh penyusutan indeks pengangkutan sebanyak 2.5 peratus.
Ia diikuti oleh indeks kumpulan pakaian dan kasut dan komunikasi yang masing-masing turun sebanyak 0.7 dan 0.6 peratus. Sementara itu, kenaikan IHP disumbang oleh kumpulan minuman alkohol dan tembakau yang meningkat 8.1 peratus.
Ini diikuti oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol yang meningkat 5.2 peratus, manakala kumpulan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah serta kumpulan restoran dan hotel, masing-masing meningkat 4.2 peratus dan 3.7 peratus.
Mengulas mengenai perkembangan itu, Ahli Ekonomi Kanan AmResearch Sdn Bhd, Manokaran Mottain, berkata aliran penurunan kadar inflasi akan berterusan untuk tempoh beberapa bulan akan datang susulan kedudukan harga bahan api yang kekal rendah.
“Aliran penurunan IHP Malaysia akan berterusan sehingga kita menyaksikan pertumbuhan negatif indeks yang berkemungkinan berlaku pada Ogos hingga Oktober tahun ini. “Pertumbuhan negatif itu dijangka berlaku susulan perbandingan dengan kadar yang tinggi bagi tempoh itu tahun lalu, iaitu ketika harga bahan api tinggi,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di Kuala Lumpur, semalam.
Susulan kedudukan harga bahan api yang kekal rendah tahun ini, Monokaran menjangka, kadar inflasi bagi keseluruhan tahun ini adalah pada kadar sekitar satu peratus.
Katanya, pertumbuhan negatif kadar inflasi tidak akan memberi kesan buruk khususnya kepada pengilang di negara ini kerana ia dijangka berlaku untuk jangka pendek dan tidak akan berlarutan sehingga menyebabkan deflasi.
Malah, beliau berkata, keadaan itu sebaliknya akan memberi manfaat kepada pengguna kerana dapat menikmati harga barangan yang lebih murah. “Kita sudah menyaksikan penurunan harga bahan api khususnya petrol justeru, menyebabkan kos pengangkutan secara umumnya semakin susut dan memberi manfaat kepada rakyat di negara ini.
“Bagaimanapun, harga makanan dan minuman masih kekal tinggi dan penurunannya tidak setara dengan penurunan kos pengangkutan,” katanya. Dalam keadaan sebegitu, Monokaran berharap pihak berkuasa dapat melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas untuk memastikan harga makanan dan minuman tidak kekal tinggi.
June 18, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com