KAJIAN semula Dasar Industri Besi Keluli yang akan berkuat kuasa 1 Ogos 2009, antara lain menyaksikan lesen pengilang baru akan diberikan tanpa sekatan bagi memenuhi keperluan pasaran domestik dan eksport untuk produk besi panjang dan kepingan.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dalam kenyataan semalam, menyatakan kajian semula dasar itu digubal selepas beberapa siri perbincangan dengan Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (MISIF) sejak awal 2007.
Perubahan lain termasuk pengeluaran percuma lesen import bagi produk besi kepingan untuk tujuan pemantauan dan pengumpulan data, manakala lesen eksport bagi produk besi kepingan tidak akan dikenakan.
Katanya, pengecualian lesen import dan eksport ke atas 57 produk besi panjang masih dikekalkan manakala kawalan import ke atas produk Hot-Rolled Coils (HRC), Cold-Rolled Coils (CRC) dan Electro-Galvanised Iron (EGI) menerusi pengiraan nisbah pembelian bahan mentah import dan bekalan tempatan dihapuskan.
Pengurangan duti import bagi produk besi panjang akan dilaksanakan secara berperingkat dengan penurunan kepada 10 peratus dari 1 Ogos 2009 dan lima peratus dari 1 Januari 2010 dan tahun seterusnya.
Bagi produk besi kepingan yang masih dikenakan duti import, kadar duti import semasa di bawah kadar Layanan Negara Teristimewa (MFN) bagi produk diimport dari luar Asean, akan dikurangkan secara berperingkat.
Mulai 1 Ogos 2009, duti import 50 peratus bagi produk besi kepingan akan dikurangkan kepada 25 peratus. Kadar itu akan dikurangkan lagi kepada antara 0 hingga 10 peratus dari 1 Januari 2018.
Miti juga berkata, pengecualian duti import produk besi kepingan termasuk HRC, CRC dan EGI diberikan kepada bahan mentah untuk pengeluaran produk bagi pasaran eksport walaupun terdapat pengeluaran tempatan; bagi produk yang mana gred dan spesifikasi yang tidak dikeluarkan oleh pengeluar tempatan bagi pasaran tempatan; dan produk yang digunakan sebagai bahan mentah oleh pengeluar yang mengeluarkan produk siap yang tidak dikenakan sebarang duti import.
Bagi pengimportan oleh Pusat Perkhidmatan Keluli untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kenyataan itu menjelaskan, pengecualian duti import diberikan kepada Pusat Perkhidmatan Keluli untuk produk kepingan hanya bagi gred dan spesifikasi yang tidak dikeluarkan oleh pengeluar tempatan. Kementerian itu juga berkata, pengecualian duti import bagi tujuh sektor terpilih akan dihapuskan kerana ia tidak lagi relevan.
Semakan semula dasar itu bagi struktur pengurangan tarif telah mengambil kira keperluan bagi sektor-sektor itu. Bagi pengecualian duti import untuk peniaga, Miti berkata dasar semasa akan dikekalkan. "Pengecualian duti import bagi peniaga tidak akan diberikan," kata kementerian itu.
Kerajaan juga memutuskan penetapan harga asas HRC yang dilaksanakan oleh Miti pada masa ini dimansuhkan, bagi membolehkan harga HRC ditentukan berdasarkan kepada kuasa pasaran tempatan dan antarabangsa.
Miti menambah, untuk mengelakkan kemasukan produk sub-standard ke dalam negara, kerajaan bersetuju melaksanakan standard mandatori ke atas semua produk besi panjang dan kepingan bagi produk yang diimport dan dikeluarkan oleh pengeluar tempatan.
Pelaksanaan mandatori standard itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2009, bagi produk besi dan keluli yang telah mempunyai Standard Malaysia (MS). Bagi produk besi dan keluli yang tidak mempunyai MS, kemasukan produk import akan diuji dan disahkan melalui Standard Antarabangsa (ISO) sedia ada sehingga proses guna pakai ini selesai.
June 18, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com