KERAJAAN Hong Kong bakal melancarkan bon milik kerajaan bernilai HK$50 bilion (AS$6.45 bilion), iaitu terbitan bon dolar Hong Kong yang terbesar September ini bagi membantu membangunkan pasaran bon tempatan, menurut sumber industri.
Terbitan itu, adalah terbitan bahagian pertama daripada program bon bernilai HK$100 bilion yang diumumkan awal tahun ini mempunyai tarikh matang antara dua hingga 10 tahun, dengan kupon jangkaan bermula dari serendah satu peratus setahun. “Saiz (bon) ini adalah besar kerana kerajaan mahu ia dapat meninggalkan kesan kepada pasaran,” katanya.
Awal tahun ini, Setiausaha Kewangannya, John Tsang, berkata pasaran mampu menyerap antara HK$10 bilion hingga HK$20 bilion bon kerajaan setahun. Bagaimanapun, penggubal undang-undang Hong Kong mengkritik cadangan kerajaan untuk menerbitkan HK$30 bilion pada awalnya kerana jumlah itu ‘terlalu kecil’ bagi memberikan kesan kepada pasaran.
Kerajaan telah meningkatkan jumlah bon itu kepada HK$50 bilion dan akan menunggu kelulusan, sama ada bulan ini atau Julai daripada badan penggubal undang-undang, Majlis Perundangan.
Kerajaan Hong Kong mempunyai penarafan AA-plus daripada Standard & Poor’s dengan prospek masa depan yang stabil. - Reuters
June 18, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com