BANGKOK 9 Jun - Asia perlu menubuhkan agensi penarafan yang dimiliki dan diuruskan oleh orang Asia sendiri apabila dominasi kewangan Barat selama bertahun-tahun telah mewujudkan satu sistem turun temurun yang berat sebelah yang menyekat kemajuan bank Asia.
Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak (gambar) berkata, ini perlu dilakukan terutama sekali sejak Asia muncul sebagai pembekal utama dana pelaburan.
"Malah ia nampak seperti apabila orang Asia melihat kepada satu sama lain, kita masih menggunakan kaca mata Barat. Bukti paling jelas kebergantungan itu ialah mengenai agensi penarafan kredit global," katanya dalam ucaptama di Forum Pelaburan Euromoney Thailand Ketiga di sini.
Nazir berkata, beliau tidak faham asas penarafan terhadap China, pemberi pinjaman terbesar dunia, pada tahap A1 oleh Moody's berbanding dengan AAA bagi United Kingdom (UK) dan AA2 bagi Itali.
"Fitch juga tidak berbeza - China A+, UK AAA dan Italy AA-. Ceritanya juga tidak banyak berbeza bagi penarafan bank - bank yang paling kurang sandaran berbanding dengan bank Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang mencatatkan kunci kira-kira yang buruk," katanya.
Nazir berkata, penarafan memberi kesan mengenai cara bagaimana bank memperuntukkan modal dan mempengaruhi tahap transaksi yang dilakukan antara sesama bank, dan penarafan kedaulatan juga mendefinisikan siling bank nasional dan penarafan korporat, yang memperbesarkan perbezaan perkara itu.
"Tidak cukup dengan itu, pengenalan Basel II akan menambahbesarkan masalah berkenaan kerana pinjaman juga bergantung kepada penarafan, yang menjadikan sistem yang sudah berat sebelah itu lebih gawat lagi," katanya.
Walaupun penjajahan berakhir kira-kira 50 tahun lepas, Nazir berkata, Asia masih dipandang rendah oleh bank dan pakar bank Barat.
"Mungkin krisis kewangan global akhirnya akan mengakhiri pemikiran penjajahan ke atas kita. Asia sudah lama melahirkan ramai pakar ekonomi," katanya.
Nazir memberi contoh mengenai dasar Malaysia yang melawan kebijaksanaan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ekonomi konvensional Barat dan berjaya mengharungi krisis kewangan Asia dengan menggunakan kadar faedah yang rendah, menghapuskan jualan singkat, permodalan semula bank kerajaan dan langkah menyelamat syarikat strategik.
"Dasar itu kini digunakan di Barat hari ini dan dilakukan tanpa bangkangan dari IMF," katanya.
Katanya, krisis semasa yang bermula di AS memberikan satu peluang unik bagi bank Asia mengubah agihan perbankan global yang memihak kepada mereka.
Nazir, yang Kumpulan CIMBnya telah mengambil alih bank di Indonesia, Singapura dan Thailand dan kini mempunyai rangkaian cawangan bank terbesar di rantau ini dengan 1,150 cawangan berkata, kerajaan dan badan korporat perlu memberikan pertimbangan besar kepada peminjam dan perantara Asia.
"Sebaik sahaja Asia dapat meraih agihan lebih besar kewangan global, saya rasa kita akan melihat dunia yang lebih seimbang dan adil di mana perspektif Barat akan digantikan dengan perspektif global, di mana satu arkitek kewangan baharu direka bentuk tanpa syak wasangka dan di mana aliran dagangan dan pelaburan semasa Asia berkembang tanpa disanggah lagi." katanya. - BERNAMA
June 10, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com