KUWAIT Finance House (Malaysia) Bhd (KFHMB) memperkenalkan syarikat sekutunya, Liquidity Management House for Investment KSCC (Liquidity House) di negara ini yang akan bertanggungjawab dalam mengendalikan terbitan sukuk untuk korporat tempatan.
Pengenalan syarikat itu di negara ini juga dijangka merancakkan lagi pertumbuhan terbitan sukuk atau bon Islam di Malaysia yang juga penerbit sukuk terbesar dunia ketika ini. Liquidity House yang beribu pejabat di Kuwait adalah syarikat pelaburan milik penuh Kuwait Finance House KSC (KFH) dan ketika ini bertindak sebagai cabang pelaburan antarabangsa kepada KFH.
Ia memulakan operasinya pada September 2008 dan ditubuhkan dengan modal berbayar 100 juta Dinar Kuwait atau kira-kira AS$370 juta (RM1.3 bilion). Syarikat itu dikawal selia bank pusat Kuwait, Central Bank of Kuwait.
Pengerusi dan Pengarah Urusan Liquidity House, Emad Al Monayea, berkata matlamat utama syarikat itu adalah untuk menjadi peserta utama dalam pasaran sukuk antarabangsa dan juga dalam bidang kewangan berstruktur.
Beliau berkata, pengenalan institusi itu di negara ini juga seiring kemajuan pasaran modal Islam di Malaysia yang mana negara ini sudah mempunyai kerangka kawal selia dan peraturan sukuk yang maju serta canggih.
“KFHMB berminat untuk merebut peluang pasaran ini, manakala pelabur dari Asia Barat dan negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pula boleh mengambil kesempatan daripada kemudahan ini,” katanya pada sidang media sempena pengenalan Liquidity House kepada peserta industri pasaran modal dan media di Kuala Lumpur, semalam.
Turut hadir, Duta Kuwait di Malaysia, Monther Bader Al-Eissa; Timbalan Ketua Eksekutif KFHMB, Ab Jabar Ab Rahman dan Ahli Lembaga Pengarah KFHMB, Datuk K Salman Younis. Emad menambah, pengenalan syarikat itu ketika ini bertujuan mengukuhkan kedudukannya lebih awal di Malaysia bagi merebut prospek pasaran yang cerah apabila ekonomi kembali pulih.
“Kita sudah menyaksikan petunjuk positif di pasaran dan kesan ekonomi yang buruk dijangka berakhir menjelang akhir tahun ini. “Disebabkan itulah kami memperkenalkan Liquidity House lebih awal di sini, meskipun ketika pasaran belum pulih supaya ia lebih bersedia menghadapi masa depan,” katanya.
Sementara itu, Ab Jabar berkata, pengenalan Liquidity House di Malaysia adalah lanjutan kepada bahagian perbankan korporat dan pelaburan KFHMB di negara ini. Katanya, Liquidity House sudah menguruskan beberapa terbitan kemudahan menjana modal berlandaskan Syariah di Asia Barat dan kelak ia dijangka mengambil langkah serupa di pasaran Malaysia.
“Ini juga akan membantu kami untuk turut memainkan peranan penting dalam pembangunan perbankan Islam di Malaysia dan di rantau ini,” katanya. Beliau berkata, secara keseluruhan, Liquidity House dijangka membuat terbitan sukuk bernilai antara AS$300 juta hingga AS$500 juta tahun ini. “Secara umum, terbitan sukuk tahun ini dijangka lebih tinggi berbanding tahun lalu, tetapi masih tidak dapat menyamai nilai terbitan pada 2007,” katanya.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com