AMASSURANCE Bhd semalam melancarkan inisiatif tanggungjawab korporat sosialnya (CSR) bertemakan What Women Want, iaitu kempen pengambilan ejen insurans khusus bagi wanita. Ketua Eksekutifnya, Ng Lian Lu, berkata What Women Want adalah kempen pengambilan 1,500 wanita terpilih yang akan dilatih menjadi pakar dalam bidang kewangan menerusi latihan AmAssurance dikenali sebagai AmAcademy.
Katanya, AmAcademy adalah pusat latihan, pendidikan dan perkembangan yang dijenamakan semula untuk memberi latihan bagi pengambilan baru dan ejen sedia ada menerusi lima fakulti utama iaitu jualan, teknikal, perkembangan peribadi dan agensi serta kepemimpinan.
“Selain memberi peluang pekerjaan, saya percaya dengan penyerapan tambahan 1,500 ejen insurans kepada 3,500 ejen sedia ada, ia akan melancarkan lagi sasaran kami untuk mencapai sekurang-kurangnya 10 peratus pertumbuhan premium dalam tahun kewangan semasa berakhir 31 Mac 2010,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kempen What Women Want oleh Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun di Kuala Lumpur, semalam. Ng berkata, pengambilan 1,500 ejen insurans akan dijalankan menerusi anak syarikat insurans hayat, AmLife Insurance Bhd, menerusi pameran bergerak di seluruh Malaysia.
Katanya, pameran akan diadakan mulai Julai hingga November 2009, bermula di Kuching pada 4 Julai, Johor Bharu (1 Ogos), Georgetown (29 Ogos), Petaling Jaya (31 Oktobe) dan Kota Bharu (7 November). “Sesiapa berminat boleh mendaftar melalui portal e-daftar di www.amassurance.com.my, tiga minggu sebelum tarikh temu duga,” katanya. sambil menambah peserta yang berjaya menamatkan kursus dua tahun akan diberi diploma dalam perkhidmatan kewangan. Sementara itu, Chew menggesa golongan wanita terutama Bumiputera merebut peluang menyertai kempen berkenaan.
Katanya, kerajaan memperuntukkan bantuan kewangan 80 peratus menerusi dana latihan Bumiputera kepada wanita Bumiputera berjaya mengikuti kursus berkenaan. “Ini bermakna mereka hanya perlu bayar RM2,000 untuk mendapatkan diploma selama dua tahun itu,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Chew berkata sejumlah 33,809 kakitangan daripada 1,122 syarikat telah diberhenti kerja, manakala 7,602 daripada 202 syarikat lagi meninggalkan pekerjaan di bawah skim pemberhentian sukarela (VSS) bagi tempoh Oktober 2008 hingga pertengahan Mac 2009.
Katanya, berdasarkan perangkaan Persekutuan Majikan Malaysia, jumlah pengangguran dijangka meningkat kepada 200,000 tahun ini, lebih tinggi berbanding 85,000 pengangguran semasa krisis kewangan Asia pada 1998.
Beliau berkata, kebanyakan pekerja yang diberhentikan adalah wanita, yang hanya merangkumi 35 peratus jumlah tenaga kerja Malaysia. “Justeru, kempen What Women Want ini amat dialu-alukan terutama dalam keperitan mengharungi kemelesetan ekonomi pada masa ini. “Saya berharap, lebih banyak inisiatif seperti ini akan diperkenalkan syarikat lain pada masa akan datang” katanya.
June 10, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com