June 10, 2009

Indeks MCG 2009 diperkenal

BADAN Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG) semalam melancarkan Indeks Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCG) 2009 sebagai usaha memperkenalkan kaedah terbaik menilai prestasi tadbir urus korporat syarikat senaraian awam (PLC) di negara ini.

Ketua Eksekutifnya, Rita Benoy Bushon, berkata Indeks MCG 2009 yang juga lanjutan daripada kaji selidik MSWG-NUBS yang diperkenalkan sebelum ini, diwujudkan sejajar matlamat badan itu untuk mempromosi dan memastikan amalan tadbir urus korporat terbaik di kalangan PLC.

Katanya, indeks itu juga akan memberi pengiktirafan dan menyediakan panduan mengenai standard tadbir urus korporat kepada PLC yang mana MSWG menjangkakan lebih ramai pelabur akan mengambil kira amalan tadbir urus korporat sesebuah PLC sebelum membuat keputusan melabur pada masa depan.

“Kami jangka Indeks MCG 2009 itu akan mampu disiapkan awal Disember nanti,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Indeks MCG 2009 di Kuala Lumpur, semalam. Pelancarannya disempurnakan Ketua Pengawal Selia Bursa Malaysia Securities Bhd, Selvarany Rasiah.

Hadir sama Pengerusi MSWG, Tan Sri Abdul Halim Ali. Indeks MCG 2009 menggunakan asas metodologi penilaian membabitkan 11 pengukur utama yang akan menapis PLC berdasarkan pematuhan mereka terhadap Kajian Semula Kod Amalan Tadbir Urus Korporat Malaysia, Peraturan Penyenaraian Bursa Securities serta amalan tadbir urus korporat antarabangsa bagi menyenarai pendek 200 PLC terbaik.

Pengukur utama itu termasuk perkara berkaitan ahli lembaga pengarah, imbuhan pengarah, pemegang saham serta tanggungjawab dan audit. Selepas menyenarai pendek 200 PLC terbaik, tapisan seterusnya akan menggunakan Metodologi Indeks Ketelusan dan Tadbir Urus Korporat (GTI) yang dibangunkan oleh Pusat Laporan Kewangan dan Tadbir Urus Korporat (CGFFRC), Business Times Singapura dan CPA (Australia).

Rita menambah, senarai 200 PLC terbaik itu juga akan dinilai bagi menentukan kedudukan mereka berasaskan prestasi kewangan dengan menggunakan pulangan daripada Dana Pemegang Saham sebagai petunjuk kewangan utama.

Katanya, bagi PLC yang disenarai pendek sebagai 100 terbaik, akan dikenal pasti markah masing-masing berdasarkan pembahagian 50 peratus untuk GTI dan 50 peratus untuk prestasi.

“Sebelum indeks tadbir urus korporat 100 PLC terbaik boleh ditentukan, pemantauan terhadap 100 syarikat terbaik itu akan dilaksanakan dan komen daripada peserta industri juga akan dimasukkan. Sistem bonus dan penalti juga akan diperkenalkan bagi menentukan kedudukan mereka dalam senarai itu,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers