KERAJAAN akan meminimumkan kos serta perbelanjaan operasinya bagi menampung penurunan hasil sebagai usaha untuk mengurangkan defisit bajet, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau menegaskan, langkah itu perlu kerana kerajaan tidak berhasrat untuk mengurangkan perbelanjaan pembangunan untuk mengurangkan defisit bajet yang meningkat susulan pelaksanaan dua pakej rangsangan ekonomi bernilai RM67 bilion bagi membendung kesan kegawatan ekonomi global.
“Kami sedar pendapatan kerajaan tahun depan lebih rendah berbanding tahun ini berikutan penurunan hasil sektor korporat serta komoditi susulan kegawatan ekonomi.
“Namun, kerajaan menyedari keperluan menurunkan kadar defisit menjelang tahun depan. Justeru, kerajaan perlu berusaha untuk mengurangkan kos dan perbelanjaan operasi. Perbelanjaan pembangunan yang menyokong pertumbuhan akan diteruskan,” katanya selepas merasmikan Persidangan Cukai Malaysia 2009 di Kuala Lumpur, semalam.
Susulan kegawatan ekonomi global, kerajaan pada November dan Mac lalu memperkenalkan peruntukan pembangunan tambahan menerusi dua pakej rangsangan masing-masing berjumlah RM7 bilion dan RM60 bilion. Langkah itu telah meningkatkan defisit bajet Kerajaan Persekutuan daripada 4.8 peratus tahun lalu kepada 7.6 peratus tahun ini.
June 17, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com