PELABUHAN Tanjung Pelepas (PTP) menjangkakan peningkatan sembilan peratus pengendalian kontena kepada 6.1 juta TEU tahun ini daripada 5.6 juta tahun lalu susulan perjanjian dengan French Liner CMA (CAM).
PTP yang disenarai antara 20 pelabuhan paling sibuk di dunia, baru-baru ini menjalinkan kerjasama dengan CAM, iaitu konsortium perkapalan terkemuka Perancis untuk menyediakan perkhidmatan terminal kontena kepada kapal kargo milik syarikat terbabit di rantau ini.
Susulan kerjasama antara kedua-dua pihak terbabit, difahamkan dagang CMA sudah mula menggunakan perkhidmatan di PTP, menerusi Perjanjian Perkongsian Kapal (VSA) antara CMA dengan syarikat perkapalan Denmark, Maersk Liner.
Pengerusi PTP, Datuk Mohd Sidik Shaik Osman, berkata pelabuhan itu mempunyai keupayaan dalam kapasiti terminal serta peralatan mengendalikan kapal dagang CMA sama ada ketika ini atau masa depan.
Katanya, ini berikutan rancangan syarikat untuk meningkatkan kapasiti pelabuhan kepada 12 juta TEU setahun berbanding lapan juta TEU sekarang. “Kehadiran CMA amat penting di PTP bukan saja untuk menambahbaik rangkaian pelabuhan dengan pelabuhan lain di rantau Asia Tenggara, tetapi juga dengan pelabuhan lain di dunia,” katanya di Johor Bharu, semalam.
Mohd Sidik menambah, selain PTP, CMA turut menggunakan dua pelabuhan lain di rantau ini, termasuk Pelabuhan Westport di Pelabuhan Klang berikutan kedudukan yang strategik.
Katanya, buat masa ini, kerjasama perkhidmatan melalui VSA antara CMA dan Maersk akan menyumbang kepada setengah juta TEU daripada jumlah keseluruhan pengendalian kontena PTP. “Kita jangka jumlah itu meningkatkan selaras dengan keadaan ekonomi yang semakin baik serta pertambahan perdagangan dunia," katanya.
Beliau berkata, dengan peningkatan pengendalian kontena global dan kedudukan strategik PTP sebagai pintu masuk utama pelabuhan untuk Iskandar Malaysia, kerjasama dengan CMA dijangka mengukuhkan lagi potensi PTP.
“Selain itu, syarikat kontena tempatan terutama di Johor, juga akan mempunyai peluang baru dan pelbagai pilihan untuk menggunakan perkhidmatan perkapalan melalui PTP," katanya.
June 17, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com