KUALA LUMPUR 9 Jun - Satu kaji selidik mendapati bidang pekerjaan berkemahiran tinggi dan berpengalaman paling laris di pasaran pada waktu kegawatan ekonomi.
Antara bidang pekerjaan terlaris berkenaan adalah teknologi maklumat (IT), kejuruteraan, perbankan Islam dan penjagaan kesihatan, menurut kaji selidik Kelly Services (M) Sdn. Bhd. (Kelly Services).
Bagaimanapun, kaji selidik Kelly Services mendedahkan bidang pekerjaan dalam sektor pembuatan, perkilangan, pergudangan, logistik dan peruncitan mendapat permintaan yang rendah berikutan pengurangan aktiviti eksport dan import.
Berlaku pengurangan gaji dalam sektor berkenaan iaitu sebanyak tiga hingga lima peratus selain pengurangan guna tenaganya yang mengundang pengangguran.
Timbalan Presiden Pengurus Besar Negara Kelly Services, Melissa Norman berkata, kenaikan gaji untuk sektor IT dijangka melebihi RM12,000 sebulan untuk jawatan tertentu seperti ketua pegawai maklumat, pengarah projek, pengarah penghantaran perkhidmatan dan pengarah program.
Beliau memberitahu, dalam bidang kejuruteraan pula, golongan yang mempunyai pengalaman melebihi enam tahun akan menikmati peningkatan gaji minimum sebanyak lapan hingga 11 peratus.
Katanya, sektor kejuruteraan yang paling mendapat permintaan tinggi adalah dalam bidang mekanikal, sivil dan elektrik.
"Berlaku permintaan tinggi dalam bidang-bidang tertentu berikutan negara masih kekurangan berkepakaran dalam bidang yang diperlukan itu,'' katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai Pandangan Pengambilan Pekerjaan dan Panduan Gaji 2009/2010 yang berlangsung pada suku ketiga tahun lalu hingga suku pertama tahun ini ini.
Ia mengambil kira pandangan, perbualan dan perbincangan bersama 20 peratus responden daripada 15,000 pelanggan Kelly Services.
Melissa menambah, kajian Kelly Services turut mendapati kadar pengambilan pekerja di negara ini dijangka stabil bermula suku keempat tahun ini.
Beliau memberitahu, kestabilan pelarasan gaji pula dijangka berlaku sekitar suku kedua tahun depan.
"Usaha kerajaan dalam memulihkan sektor guna tenaga dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion melalui pakej rangsangan kedua tahun ini amat membantu memulihkan pengangguran pada tahun ini,'' ujarnya.
Kelly Services turut menjangkakan kadar pengangguran meningkat pada tahun ini iaitu sebanyak 4.5 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 3.7 peratus.
Menurut Melissa, peningkatan pengangguran itu dapat dikawal berikutan pakej rangsangan ekonomi yang dilakukan kerajaan.
Beliau turut menggesa Kementerian Sumber Manusia supaya meneruskan program latihan siswazah dalam sektor industri yang membantu golongan itu pada waktu kegawatan ekonomi.
Katanya, para siswazah perlu diberi latihan mengenai persekitaran pekerjaan sebenar sebelum diambil bekerja pada waktu yang stabil.
Jelasnya, latihan yang ditimba akan memberi pengalaman yang baik kepada para siswazah untuk memohon pekerjaan pada masa akan datang.
June 10, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com