PEMBUAT kenderaan Itali, Fiat semalam berikrar untuk meneruskan rancangannya membentuk pakatan dengan kumpulan permotoran Amerika Syarikat (AS) yang sedang tenat, Chrysler di sebalik keputusan Mahkamah Tinggi untuk membekukan sementara janji niaga itu.
“Fiat komited (terhadap pakatan dengan Chrysler), walaupun selepas 15 Jun ini,” kata seorang jurucakap Fiat. Syarikat itu berhak membatalkan rundingan itu selepas tarikh berkenaan jika pelan pemulihan Chrysler tidak diluluskan sepenuhnya.
Chrysler memfailkan perlindungan muflis lewat April lalu dan mahkamah New York pada 31 Mei lalu meluluskan penyusunan semula syarikat terbabit serta bersetuju untuk membenarkan pakatan dengan Fiat diteruskan.
Bagaimanapun, Isnin lalu, Mahkamah Tinggi AS membekukan sementara pelan itu, yang akan membolehkan Chrysler muncul sebagai entiti baru daripada muflis. Sekumpulan dana persaraan India menentang penjualan Chrysler kepada Fiat dan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.
Arahan mahkamah yang ditandatangani Hakim Ruth Bader Ginsburg, kini akan membolehkan pengadilan mempertimbangkan sama ada untuk membenarkan perbicaraan penuh terhadap isu undang-undang.
Tanpa penggantungan itu, rundingan terbabit ditutup Isnin lalu. Pelan menyelamat itu memberikan Fiat sebanyak 20 peratus kepentingan dalam Chrysler dengan kemungkinan menambah saham berkenaan.
Sebagai pulangannya, Fiat akan membenarkan akses kepada teknologinya bagi membolehkan pembuat kenderaan itu mengeluarkan kereta lebih kecil dan mesra alam sekitar yang semakin mendapat permintaan. - AFP
June 10, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com