DHAKA 16 Jun - Import minyak sawit oleh Bangladesh meningkat lebih daripada 12 peratus tahun ini berbanding jumlah import pada 2008.
Namun statistik menunjukkan Malaysia perlu berusaha lebih keras untuk meningkatkan eksport ke negara ini.
Sepanjang lima bulan pertama tahun ini, sejumlah 349,126 tan minyak sawit diimport manakala sepanjang tempoh yang sama pada 2008, jumlahnya sebanyak 311,591 tan.
"Aliran meningkat dalam import minyak sawit dijangka berterusan sepanjang tahun ini serta pada 2010 berikutan peningkatan permintaan serta harga yang kompetitif," kata Fakhrul Alam, Pengurus Serantau Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) bagi Bangladesh, Myanmar dan Nepal.
Import minyak sawit oleh Bangladesh meningkat sebanyak 40 peratus pada 2008 iaitu 816,000 tan berbanding 581,183 tan pada 2007.
"Peningkatan ketara ini sebahagian besarnya disumbangkan hasil harga yang munasabah berbanding harga minyak kacang soya yang lebih tinggi, pesaing utama minyak sawit di Bangladesh," kata pengimport.
Bangladesh mengimport secara bebas bagi memenuhi keperluan minyak makannya.
Hampir 90 peratus keperluan tahunannya yang melibatkan sebanyak 1.3 juta tan, dipenuhi menerusi import minyak sawit, diikuti minyak kacang soya.
Pada 2008, negara ini mengimport sejumlah 1.1 juta tan minyak dan lelemak.
Walaupun import minyak sawit oleh Bangladesh melonjak dari Januari hingga Mei tahun ini, penguasaan minyak sawit Malaysia (MPO) susut dalam tempoh itu berbanding tempoh yang sama pada 2008 manakala import minyak sawit dari Indonesia meningkat.
Penguasaan import MPO dalam tempoh itu hanya sembilan peratus berbanding 25 peratus sepanjang tempoh yang sama pada 2008, dengan Indonesia menguasai selebihnya.
Menurut pengimport tempatan, perbandingan harga minyak sawit yang kompetitif serta strategi pasaran yang agresif, berjaya menarik minat pengimport.
"Minyak sawit Malaysia mampu memulihkan keadaan jika pengeksport mengguna pakai strategi pemasaran seperti Indonesia itu", kata mereka. - Bernama
June 17, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com