BANGKOK 16 Jun - Bank Pembangunan Asia (ADB) telah meluluskan peruntukan dana tambahan AS$3.4 bilion (RM11.9 bilion) untuk membantu negara anggota membangun respons terhadap krisis ekonomi global.
ADB akan mewujudkan satu Kemudahan Sokongan Kitaran Tindak Balas (CSF) AS$3 bilion (RM10.5 bilion) yang akan menyediakan pinjaman jangka pendek segera dan lebih murah daripada kemudahan pinjaman program khas sedia ada.
"Ia akan menyokong negara anggota untuk meningkatkan perbelanjaan fiskal untuk melakukan tindak balas terhadap krisis itu, tetapi tidak mempunyai ikhtiar kewangan untuk berbuat demikian di tengah-tengah keadaan kesempitan kredit global dan kenaikan mendadak kos pembiayaan," demikian diumumkan bank yang berpangkalan di Manila itu hari ini.
ADB akan turut menyediakan AS$400 juta (RM1.4 bilion) lagi kepada Dana Pembangunan Asia (ADF).
Pinjaman ADF disediakan mengikut konsesi kepada negara anggota ADB membangun yang miskin yang mempunyai kapasiti pembayaran balik hutang yang terhad.
Sumber tambahan ADF itu akan disediakan melalui pinjaman dan geran yang boleh menyediakan sokongan bajet dan dana yang penting untuk membiayai projek pembangunan utama di negara miskin yang merupakan antara yang paling sukar di segi fiskal untuk memberi respons kepada krisis itu.
CSF, yang akan disediakan kepada negara anggota membangun yang layak mendapatkan pinjaman dari Sumber Modal Biasa ADB, akan dihadkan kepada jumlah AS$500 juta (RM1.8 bilion) bagi setiap negara.
ADB berkata, syarat bagi mendapat akses terhadap kemudahan itu termasuk kemelesetan ketara pertumbuhan, eksport, dan penghantaran, kekangan fiskal dan kesukaran mendapatkan pembiayaan dari pasaran modal antarabangsa mengikut terma mudah.
Bank itu berkata, ia merancang untuk meningkatkan bantuan pinjamannya kepada lebih AS$10
bilion (RM35 bilion) pada 2009-2010, yang menjadikan bantuan keseluruhan ADB untuk tempoh dua tahun ini kepada kira-kira AS$32 bilion (RM112 bilion), berbanding dengan kira-kira AS$22 bilion (RM77 bilion) pada 2007-2008.
Daripada cadangan peningkatan pinjaman AS$10 bilion (RM35 bilion) itu, AS$1 bilion (RM3.5 bilion) sudah komited untuk menyokong pembiayaan perdagangan, AS$3 bilion (RM10.5 bilion) bagi kemudahan kitaran tindak balas dan AS$6 bilion (RM21 bilion) bagi diperluaskan pinjaman seperti bagi pelaburan infrastruktur.
Pinjaman di bawah kemudahan CSF mempunyai tempoh lima tahun, dengan tempoh ihsan tiga tahun dan melibatkan sekitar 200 mata asas terhadap kos pembiayaan ADB, penetapan harga yang lebih rendah daripada kemudahan pinjaman program khasnya yang diwujudkan untuk membantu rantau ini semasa berlaku krisis kewangan Asia 1997-1998.
Asia yang bergantung kepada eksport telah menerima kesan buruk kemelesetan permintaan bagi barangannya di ekonomi global utama, seperti AS dan Eropah.
ADB mengunjurkan pertumbuhan ekonomi di 44 negara anggota membangunnya pada kadar 3.4 peratus pada 2009 dan 6.0 peratus pada 2010 manakala lebihan akaun semasa sebagai satu peratusan keluaran dalam negara kasar kemungkinan merosot kepada 4.9 peratus pada tahun ini daripada 5.3 peratus pada 2008 dan turun lagi kepada 4.7 peratus pada 2010. - BERNAMA
June 17, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com