June 10, 2009

Hutang kad kredit tidak kritikal

KUALA LUMPUR 9 Jun - Hutang kad kredit di Malaysia masih belum mencapai tahap kritikal, demikian menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan berkata, berdasarkan perangkaan Bank Negara Malaysia (BNM), hutang berkenaan berjumlah RM24.4 bilion sehingga akhir Mac 2009.
Beliau berkata sehingga tempoh berkenaan, pinjaman melalui kad kredit menguasai hanya 6.1 peratus daripada jumlah pembiayaan oleh institusi perbankan.

"Angka hutang kad kredit masih rendah," kata beliau semasa menghadiri pelancaran pusat pembelajaran elektronik, e-Learning, oleh MasterCard di sini hari ini.
AKPK ditubuhkan oleh BNM bagi memberikan perkhidmatan kaunseling kepada individu yang memerlukan bantuan dalam menguruskan hutang peribadi mereka dengan penyedia perkhidmatan kewangan yang dikawal selia oleh bank pusat.

Mohamed Akwal berkata, mulai Januari hingga April tahun ini, sebanyak 16,626 individu mendapatkan bantuan daripada agensi dalam menguruskan kewangan mereka.
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif MasterCard Asia Tenggara dan Asia Selatan, Ajay Bhalla berkata, pusat pembelajaran elektronik itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk memenuhi keperluan pengguna di rantau ini.

"Pendidikan pengguna sentiasa menjadi suatu yang penting kepada MasterCard, dan kami berusaha untuk memberi pengetahuan dan pandangan kepada pemegang kad untuk menguruskan kewangan mereka dengan paling berkesan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran itu. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers