SIMS Cooper Sdn Bhd, yang mempunyai operasi di Singapura dan India, akan melabur RM100 juta bagi operasi kilangnya di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pulau Indah, Klang dalam tempoh tiga tahun.
Pengarah Urusannya, Rajiv Singh, berkata syarikat juga mempunyai opsyen tambahan untuk melabur RM100 juta lagi bagi pengembangan operasi pada masa depan. Katanya, komitmen pelaburan itu membuktikan keyakinan syarikat terhadap lokasi dan kemudahan ditawarkan PKFZ dalam memacunya untuk muncul sebagai pengeluar wayar dan batang tembaga terkemuka global.
“Kami sedar isu yang melanda PKFZ, tetapi ini tidak membimbangkan kerana kami melihat lokasi yang lengkap dengan segala kemudahan termasuk logistik yang selari tumpuan kami untuk mengeksport produk yang dihasilkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pecah tanah bagi pembinaan kilang menghasilkan wayar dan batang tembaga Sims oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir. Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang, Datuk Lee Hwa Beng.
Kilang dirancang pembinaannya bulan depan untuk memulakan pengeluaran wayar tembaga pada suku pertama tahun depan, diikuti batang tembaga pada suku kedua, direka bentuk untuk menghasilkan 36,000 tan produk dalam fasa pertama pelan pelaburan tiga tahunnya.
Rajiv menambah, dengan sokongan pelbagai pihak, syarikat berharap mencapai sasaran pengeluaran 1,000 tan sebulan pada tahun pertama, sebelum ditingkat kepada 2,000 dan 3,000 tan pada tahun kedua dan ketiga.
Katanya, bersandarkan kapasiti pengeluaran itu, syarikat juga berharap menjana jualan bernilai RM500 juta setahun dan seterusnya RM1 bilion menjelang 2015. “Daripada keseluruhan hasil pengeluaran, 80 peratus adalah untuk eksport dan itulah juga sebabnya kami memilih PKFZ yang memiliki segala kemudahan logistik yang kami perlukan,” katanya.
Beliau berkata, bahan mentah yang akan digunakan dalam pengeluaran itu kelak akan diimport dari Zambia, Amerika Selatan dan Congo. Rajiv berkata, syarikat juga sudah merangka pelan lima tahun untuk menghasilkan produk tembaga nilai tambah serta menjalin hubungan dengan rakan kongsi teknologi yang memberi tumpuan mengenai bahan mentah yang akan digunakan dalam pengeluarannya.
Katanya, kilang wayar dan batang tembaga berukuran 20,000 kaki persegi yang dibina di PKFZ itu, adalah juga pembabitan pertama syarikat dalam bidang pembuatan. “Sebelum ini, syarikat banyak terbabit dalam bidang pemasaran dan dagangan untuk bahan yang sama selama lapan tahun,” katanya.
June 10, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com